Selasa, 20 Ogos 2013

SMKKN JOHAN BICARA BERIRAMA DAERAH PADANG TERAP

Tahniah dari cikgu dan seluruh warga sekolah kepada pasukan bicara berirama kerana telah berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad. Kita menjadi kumpulan pertama yang merealisasikan slogan baru sekolah kita iaitu "SMKKN Terbaik" . Kejayaan ini merupakan satu langkah awal kita untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Pasukan ini telah berlatih sejak bulan April lagi. Terima kasih kepada semua pelajar asrama yang berani menyahut cabaran dan berlatih tanpa mengenal jemu.Rasanya berbaloi pengorbanan kita semua. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang membantu saya untuk melatih pasukan kita terutamanya Cikgu Haslida, Cikgu Jamiah, Cikgu Intan, Cikgu Rashidah dan Cikgu Atirah. Sesungguhnya komitmen cikgu-cikgu dan keikhlasan cikgu-cikgu sangat membantu kejayaan ini. Saya hanya menghasilkan skrip dan melatih pelajar pada peringkat awal. cikgu-cikgulah yang telah meneruskan usaha tersebut. Saya amat yakin jika semua guru memberi kerjasama seperti ini,lebih banyak kejayaan akan kita kecapi. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik cikgu-cikgu semua. Terima kasih juga kepada Pn Pengetua kerana hadir memberi sokongan kepada pasukan sekolah. Inilah hadiah kecil kami untuk cikgu.

Isnin, 5 Ogos 2013

PELANCARAN BULAN KIBAR JALUR GEMILANG

Pada hari Selasa bersamaan 23.7.2013, Pn Pengetua sekolah iaitu Pn Hjh Rohani bt Mat Jaafar telah melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2013. Pelancarannya dijalankan dalam suasana sederhana kerana sekarang kita berada dalam bulan puasa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negeri Kedah dan lagu Kebangsaan, ucapan pengetua dan perasmian majlis, bacaan sajak dan nyanyian lagu Jalur Gemilang. Sambutan bulan kemerdekaan diwajibkan di semua sekolah sebagai usaha menanam semangat patriotik menjelang Hari Kebangsaan. Suasana ujian, Peperiksaan Percubaan dan cuti pertengahan penggal diharap tidak menyuramkan aktiviti sambutan yang akan dijalankan sehingga 16 September 2013.