cikguBMsmkkn
Selamat datang kepada semua pencinta ilmu. Semoga kita dapat berkongsi info berkaitan BMSPM untuk manfaat bersama.
Isnin, 29 Disember 2014
Sabtu, 6 September 2014
TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2014 PERINGKAT DAERAH
Pada hari Sabtu 6.9.2014 telah berlangsung pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Padang Terap. Pertandingan ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad. SMK. Kuala Nerang turut bertanding sekali pada tahun ini di bawah pimpinan Cikgu Haslida, Pn Jamiah, Pn Rashidah Ali dan Pn A'thiroh. Apa yang membanggakan ialah SMKKN berjaya mempamerkan persembahan yang hebat dan hampir-hampir mengalahkan SMK Dato Syed Ahmad sekali lagi. Tahniah kerana kehebatan yang ditunjukkan. Cuba lagi pada tahun hadapan.
Isnin, 12 Mei 2014
BERKAT KERJASAMA SMKKN MENANG PERTANDINGAN SAJAK DAN SYAIR
Pada 12 Mei 2014 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah Padang Terap di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah. Dalam karvival ini berlangsung pertandingan Forum Remaja, Syair dan Sajak. Pertandingan bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 12.00 tengahari. Setelah itu dijalankan pertandingan di dua venue iaitu pertandingan Forum di Dewan Perdana sekolah dan pertandingan sajak dan syair di Bilik Seminar sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kedua-dua acara. Walaupun gagal menjadi johan tapi kami berpuas hati kerana berjaya menunjukkan persembahan yang hebat dan memukau. Biarpun kalah semangat berpasukan guru-guru yang melatih semakin kuat. Terima kasih kepada Cikgu Anita, Cikgu Noranuwi dan Guru Kanan Bahasa. Juga terima kasih kepada rakan-rakan guru yang memberi sokongan dan pendapat ketika latihan. Sememangnya kerjasama akan wujud bila dalam hati tiada perasaan dengki dan memandang rendah kepada orang lain. Itulah yang paling penting untuk menjaga keharmonian dalam pasukan.
Pelajar yang membantu guru pada hari pertandingan
Kepada pihak pengurusan sekolah kami mohon maaf kerana gagal menjadi yang terbaik.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kedua-dua acara. Walaupun gagal menjadi johan tapi kami berpuas hati kerana berjaya menunjukkan persembahan yang hebat dan memukau. Biarpun kalah semangat berpasukan guru-guru yang melatih semakin kuat. Terima kasih kepada Cikgu Anita, Cikgu Noranuwi dan Guru Kanan Bahasa. Juga terima kasih kepada rakan-rakan guru yang memberi sokongan dan pendapat ketika latihan. Sememangnya kerjasama akan wujud bila dalam hati tiada perasaan dengki dan memandang rendah kepada orang lain. Itulah yang paling penting untuk menjaga keharmonian dalam pasukan.
Nurzati Hani bt Abdul Ghani, pelajar tingkatan 2 yang mewakili sekolah dalam acara sajak. | . |
Peserta syair kami yang mempunyai bakat besar |
Isnin, 5 Mei 2014
GURU=GURU SMKKN BERGAMBAR UNTUK KENANGAN
Hari ini 5.5.2014, guru-guru sesi pagi bergambar kenangan sebelum berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang. Biasanya acara bergambar ini dilakukan pada hari berkenaan tetapi kali ini acara ini diawalkan kerana pada hari anugerah tahun ini kami mungkin tidak dapat bergambar kenangan kerana terdapat beberapa protokol yang harus dipatuhi. Hari Anugerah Cemerlang SMKKN akan diadakan pada 22.6.2014 dan akan dirasmi oleh YTM Tunku Temenggong Kedah.
Sepatutnya semua guru memakai baju biru pada tahun ini tetapi malangnya baju berkenaan belum siap. Jadi kami hanya dapat memperaga uniform baru itu pada 22.Mei nanti.
Sepatutnya semua guru memakai baju biru pada tahun ini tetapi malangnya baju berkenaan belum siap. Jadi kami hanya dapat memperaga uniform baru itu pada 22.Mei nanti.
Masing-masing bergaya santai |
Ahad, 16 Mac 2014
PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA BULAN BAHASA
Pada 16.3.2014 telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Februari. Tahniah diucapkan kerana berjaya mendapat hadiah. Kepada peserta yang tewas cuba lagi pada masa akan datang. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tuan Hj Saad b Sulaiman.
Senarai pemenang adalah seperti berikut.
Pidato -
- Ikhwan b Radzi - 3A
- Noraini Haziqah bt Ahmad Zainuddin
Tingkatan 3
- Che Diana bt Che Dan - 3AG
- Nurul Hanis bt Che Ismail - 3D
- Muhammad Haiqal Bin Jafri - 3D
- Nur Fahimah bt Bakri - 4PD1
- Siti Nor Fatin bt Md Dun - 4PD1
- Mohamad Haiqal Bin Jafri - 4 Sains
- Huda Nasihah bt Shafie - 5PD1
- Noor Shahira bt Azizan- 5AK
- Nurul Fatin Zaiha bt Ahmad
- 4 Akaun
- 4PD1
- 4PD3
- Ibrahim b Awang - 3A
- Alia Hazwani bt Mohd Noor
- Nurul Hanani bt Abdullah
- Nur Fazlin bt Mohd Abdul Harith
- Nur Ain bt Mohd Rodzi
- Nor Hanisah bt Hamid
- Ahmad Ikhtidar Ihsan b A'ahmad Jamili
- Nur Amirah bt Muhamad Nor
- Anfal binti Khazali
Isnin, 3 Mac 2014
AKTIVITI BULAN BAHASA MELAYU
Sepanjang Bulan Bahasa ini banyak aktiviti yang telah dijalankan. Kuiz Peribahasa yang dijalankan semasa perhimpunan pagi mendapat sambutan yang menggalakkan. Begitu juga dengan pertandingan pantun antara tingkatan 4. Peserta-peserta pantun yang mewakili kelas masing-masing telah berjaya mencipta pantun yang bermutu. Peserta pidato dan syarahan juga telah berjaya mempamerkan bakat yang terpendam dan tampil dengan penuh keyakinan untuk bertanding. Pertandingan Sahibba juga berjaya menemui bakat pelajar^pelajar menengah rendah. Pertandingan menulis karangan juga telah selesai. Semua nama pemenang akan diumumkan dalam perhimpunan sekolah yang akan datang,
AJK Persatuan Bahasa Melayu Mempromosi Pertandingan |
Notis Aktiviti di laluan pelajar |
Pemyampaian hadiah kepada pemenang harian kuiz peribahasa. |
Kumpulan Pantun dari Tingkatan 4Akaun |
Kumpulan Pantun 4PD1 turut mara ke pertandingan akhir |
Bersedia untuk bertanding |
Selasa, 11 Februari 2014
BULAN BAHASA MELAYU 2014 DI SMKKN
Pada 9.2.2014. telah berlangsung pelancaran Bulan Bahasa Melayu bagi tahun ini. Majlis disempurnakan oleh Puan Hjh Rohani bt Mat Jaafar iaitu Pengetua sekolah. Majlis berlangsung di Dewan Perdana dihadiri oleh semua guru dan pelajar sesi pagi.
Majlis dimulakan dengan acara perhimpunan rasmi yang dimulai dengan bacaan doa, seterusnya bacaan ikrar pelajar, nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. Seterusnya ucapan guru bertugas, taklimat aktiviti Bulan Bahasa dan ucapan perasmian oleh Puan Pengetua.
Sebaik streamer Bulan Bahasa dijatuhkan oleh pengetua, lagu Bahasa Jiwa Bangsa dikumandangkan oleh pasukan koir pelajar-pelajar tingkatan 3. Majlis berakhir jam 8.30 pagi. Antara acara-acara yang akan dijalankan dalam Bulan Bahasa ialah:

- Pertandingan Sahibba dikelolakan oleh En Mohamad Faizi b Mohd Akhir
- Pertandingan Deklamasi sajak - Encik Che Noranuwi b Hamid
- Pertandingan Mengarang - Pn Hasiah Ali, Pn Zeti Azila Daud dan Pn Kamarian Abdullah Sani
- Pertandingan Pidato - Pn Anita Che Ad dan Pn Norfaezah Ibrahim
- Pertandingan Pantun - Pn Zaharah Awang, Pn Sharimah Othman
- Kuiz Peribahasa - Pn Khadzijah bt Ahmad
Langgan:
Catatan (Atom)