Selasa, 24 April 2012

RENUNGAN UNTUK DIRI

“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.                - Imam al-Ghazali
"If we searching for dignity,sincerity and prosperity,we will facing the difficulties a lot, a long road we have to explore and many circumstances to face".

Kata-kata Imam Al-Ghazali di atas amat benar kerana jika kita inginkan sesuatu yang besar dalam kehidupan kita dan ingin meletakkan diri kita di tempat yang mulia, pastilah kita akan menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan. Misalnya jika  kita ingin berjaya dalam pelajaran kita mestilah bersusah-susah dahulu dari sekarang. Kejayaan tidak akan datang bergolek  dengan mudah tetapi perlu diusahakan. Bak kata pepatah " ruyung perlu dipecahkan". untuk memecahkan ruyung bukanlah mudah. Tenaga perlu kuat, alatan perlu tajam dan cukup. Teknik memecah ruyung perlu dikuasai. Lantas berusahalah diri, jangan hanya mengharap tuah di kaki kerana perjalanan yang panjang itu bermula dengan langkah yang satu.
Semoga Allah memberkati hidup kita. Jumpa lagi.

Ahad, 22 April 2012

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU

MAKSUD SAJAK

Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan

Rabu, 18 April 2012

SUASANA DI DALAM DEWAN

Seterusnya mari kita saksikan suasana di dalam dewan. Bagi saya perjalanan majlis sangat lancar dan kemas. Sebagai tetamu saya berasa tenang dan selesa.








SEPAGI DI SULTANAH ASMA

Pada 18.4.2014, cikgu bersama rakan telah  diajak oleh Pn Pengetua ke Sultanah Asma untuk menyaksikan perjalanan hari anugerah sekolah berkenaan. Di bawah ini dipaparkan beberapa gambar untuk perhatian rakan-rakan guru sebagai contoh untuk mengendalikan hari anugerah di sekolah kita. Saksikan suasana di luar dewan.


                                           nampak ceria dengan streamer
                                               pameran ulangtahun ke-90 sekolah

                                                ketibaan  YTM tetamu Diraja

                                       Meja untuk meletak makanan waris sebelum diedarkan

Ahad, 15 April 2012

KURSUS DALAMAN SMKKN KALI KE-2

Pada hari Sabtu bersamaan 14.4.2012 kursus dalaman berkaitan tajuk PLC diadakan di Bilik Seminar sekolah. Ramai juga guru yang dapat meluangkan masa untuk menimba ilmu. Tajuk ini berkaitan lesson study yang merupakan satu idea baru untuk meningkatkan pengajaran guru. Dalam PLC, ada perkongsian antara ahli Panitia tentang topik yang diajar dan kita cuba memahami bagaimana pelajar menerima apa yang kita ajar. Hal ini penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang apa yang kita ajar. Khabarnya PLC telah diamalkan di Jepun sejak dulu dan baru dijalankan di Amerika.


Ahad, 1 April 2012

CERPEN HUTAN RIMBA


SINOPSIS
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.
TEMA 
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan.
 PERSOALAN
      1.    Kemusnahan flora dan fauna alam.
2.    Kekesalan atas kemusnahan khazanah alam
3.    Kepentingan pendidikan dalam mendidik anak-anak
4. Kepentingan pembangunan dalam memajukan negara