Selamat datang kepada semua pencinta ilmu. Semoga kita dapat berkongsi info berkaitan BMSPM untuk manfaat bersama.
Sabtu, 27 April 2013
PLC ( KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL)
Pada 23 hingga 26 April 2013, satu kursus dianjurkan oleh Bahagian BPG untuk guru-guru dari 30 buah sekolah di negeri Kedah. Kursus ini diadakan di Seaview Hotel Langkawi. Selama 4 hari 3 malam peserta didedahkan kepada pengetahuan tentang cara menjalankan Lesson Study, Learning Walks, Peer Coaching dan Teacher Sharing Session di sekolah.
PLC merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti diri guru. Hal ini kerana dalam NKRA Pendidikan telah ditegaskan bahawa salah satu matlamat di Malaysia ialah membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Jadi untuk memastikan pendidikan di sekolah berkualiti maka, perlu wujud komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah. Komuniti Pembelajaran iaitu guru perlu menjadi profesional semasa berada di kawasan sekolah. Semua guru seharusnya menjalankan tugas mengajar secara profesional. Kita seharusnya sentiasa mengkaji RPH secara bersama, mencari amalan baik ( best practices) yang patut dicontohi, berkongsi untuk membaiki pengajaran kita sesama rakan. Dengan itu diharap prestasi pelajar akan meningkat.
Warga guru seharusnya sedar masa lapang di sekolah, apabila tiada jadual digunakan secara profesional untuk berkongsi dengan rakan-rakan dengan melaksanakan PLC bukannya berbual kosong atau melayari laman sosial. Hal ini kerana setiap saat di sekolah, kita dibayar gaji untuk tugas kita sebagai guru. Berdoalah semoga Allah memberi hidayah kepada kita agar kerja kita menjadi ibadah buat bekalan kepada kita setelah dunia ini kita tinggalkan.
Langgan:
Catatan (Atom)