Isnin, 30 September 2013

KURSUS PENGHAYATAN KOMSAS

Sekali lagi tahun ini saya terpilih mengikuti kursus di bawah dasar MBMMBI. Sudah dua kali saya ikuti kursus BM tahun ini. Kali ini kursus diadakan di Hotel Summit, Bukit Mertajam dari 28 hingga 30 September 2013. Kursus ini agak menarik kerana dipenuhi dengan aktiviti lakonan dan persembahan oleh kumpulan berdasarkan bahan sastera dari teks Harga Remaja. Alhamdulillah kumpulan saya iaitu Kumpulan 6 berjaya menjadi kumpulan terbaik dalam persembahan  mendramakan cerpen Biarkan Samudera. Saya berasa  bertuah kerana dapat bergabung bersama ahli-ahli kumpulan yang kreatif dan berkesungguhan. Alhamdulillah  kursus ini banyak membantu saya untuk mengajar komsas dengan cara yang lebih menarik.


Ahad, 22 September 2013

PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA



PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA
1.       Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Dimana kita berada , kita sentiasa  mengikut peraturan dan menghormati  penduduk  tempat itu

2.       Siapa yang memakan cili dia yang terasa pedas
Sesiapa yang melakukan kesalahan dia yang akan terasa sindiran

3.       Berpatah arang, berkerat rotan
Berpisah atau  memutus hubungan dan tidak akan berbaik semula

4.       Keras kepala
Degil

5.       Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Perangai atau  bakat  ibu bapa akan diikuti oleh anak-anak

6.        Ular  yang menyusur  akar tidak akan hilang bisanya
Orang  berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika  merendahkan diri.

7.       Belut pulang ke lumpur
Orang merantau akan pulang ke tempat asalnya

8.       Nasi sudah menjadi bubur
Kesalahan yang tidak boleh diperbaiki lagi

9.       Sudah terhantuk baru tengadah
Sudah terkena baru sedar

10.   Harimau menyorokkan kuku
Orang hebat yang tidak menunjukkan kehebatan tetapi merendah diri.

11.   Mencurah garam ke laut
Member nasihat yang sia-sia

12.   Seperti pahat dengan penukul
Orang yang  malas dan bekerja hanya apabila disuruh

13.   Menangguk di air keruh
Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

14.   Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Orang yang baik, di mana-mana berada mendatangkan manfaat atau kebaikan

15.   Indah khabar dari rupa
Perkhabaran  atau berita  yang dilebih-lebihkan

16.   Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Jika takut ditimpa masalah, jangan cuba melakukan sesuatu  perkara.

17.   Makan suap
Menerima rasuah

18.   Rambut sama hitam, hati lain-lain
Manusia ini tidak sama perangainya kerana kadang-kadang mempunyai maksud jahat.

19.   Ditelan mati emak, diluah mati bapak
Perasaan serba salah dalam diri seseorang

20.   Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
Perasaan  terlalu gembira menerima tetamu atau sesuatu

21.   Di mana  ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika ada kemahuan atau keinginan untuk melakukan sesuatu, kita akan berusaha sedaya upaya.

22.   Lain yang makan nangka, lain yang kena getah
Orang lain yang berbuat salah, orang lain yang dituduh

23.   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Semangat kerjasama dalam apa jua keadaan

24.   Meninggi diri
Sombong  atau angkuh

25.   Seperti lembu dicucuk hidung
Orang  bodoh yang hanya mengikut sahaja kehendak orang lain

26.   Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Jika kita menerima kebaikan, kita akan membalas dengan kebaikan juga

27.   Tikus membaiki labu
Tidak tahu melakukan sesuatu kerja, tetapi melakukan juga, akhirnya  keadaan  menjadi semakin teruk

28.   Hanya jauhari mengenal manikam
Orang yang mahir dan berilmu sahaja yang dapat mengetahui  kehebatan sesuatu.

29.   Menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri
Orang yang menceritakan keburukan keluarga sendiri, akhirnya dia juga yang malu.

30.   Menegak benang basah
Bertengkar untuk mempertahankan  perkara yang  sebenarnya salah.

Ahad, 15 September 2013

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN - SOALAN NO 1 KERTAS 1



  1. Soalan Perak Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan harian.
    Sebagai pelajar bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan harian
  2. Soalan Negeri Sembilan Guru Ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru
  3. Soalan Dari Selangor Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional warisan nenek moyang mereka.Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan pelestarian kebudayaan tersebut.
  4. Soalan JohorSemasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing. Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan
  5. Soalan MRSM Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat Bimbingan dan Kaunseling.
  6. Soalan KedahAnda seorang pelajar cemerlang SPM di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Langkah-Langkah Menjadi Pelajar Cemerlang,Tulis ceramah anda selengkapnya.
  7. Pulau Pinang  ; Anda telah berpeluang bercuti bersama keluarga  di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.   Huraikan  langkah-langkah yang dapat dilaksanakan  untuk menjadikan tempat pelancongan di Malaysia lebih menarik.
  8. YIK  : Sekolah anda  akan menganjurkan  "Minggu Kebersihan dan Keceriaan  Sekolah" .    Berikan pendapat  anda tentang  program-program yang perlu dijalankan  sepanjang minggu tersebut.