Pada tanggal 6 Oktober 2013, SMKKN dikejutkan dengan berita pemergian Norafliana bt Yahaya akibat lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Tasik Pedu. Khabarnya Norafliana ditarik ombak akibat angin kuat ketika sedang bermain air. Sekolah terutama ahli-ahli pasukan bicara berirama sekolah amat bersedih atas pemergian beliau. Terasa baru sahaja kita bersama, mengenali dan berlatih mewakili sekolah. Arwah Norafliana begitu bersungguh-sungguh semasa latihan dan beliau telah memberitahu Cikgu yang beliau ingin terus mewakili sekolah pada tahun hadapan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Arwah terkenal kerana ramah. Sepanjang saya mengenalinya arwah begitu menghormati saya. Oleh sebab itulah saya menaruh kepercayaan kepadanya untuk menjadi ketua kepada kumpulan bicara berirama tingkatan 1.
Hujan turun badanpun basah
batang galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu berpisah
kehendak Allah siapalah tahu.
Bersemadilah dengan tenang muridku di alam sana.