Selamat datang kepada semua pencinta ilmu. Semoga kita dapat berkongsi info berkaitan BMSPM untuk manfaat bersama.
Selasa, 20 Ogos 2013
SMKKN JOHAN BICARA BERIRAMA DAERAH PADANG TERAP
Tahniah dari cikgu dan seluruh warga sekolah kepada pasukan bicara berirama kerana telah berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad. Kita menjadi kumpulan pertama yang merealisasikan slogan baru sekolah kita iaitu "SMKKN Terbaik" . Kejayaan ini merupakan satu langkah awal kita untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Pasukan ini telah berlatih sejak bulan April lagi. Terima kasih kepada semua pelajar asrama yang berani menyahut cabaran dan berlatih tanpa mengenal jemu.Rasanya berbaloi pengorbanan kita semua.
Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang membantu saya untuk melatih pasukan kita terutamanya Cikgu Haslida, Cikgu Jamiah, Cikgu Intan, Cikgu Rashidah dan Cikgu Atirah. Sesungguhnya komitmen cikgu-cikgu dan keikhlasan cikgu-cikgu sangat membantu kejayaan ini. Saya hanya menghasilkan skrip dan melatih pelajar pada peringkat awal. cikgu-cikgulah yang telah meneruskan usaha tersebut. Saya amat yakin jika semua guru memberi kerjasama seperti ini,lebih banyak kejayaan akan kita kecapi. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik cikgu-cikgu semua.
Terima kasih juga kepada Pn Pengetua kerana hadir memberi sokongan kepada pasukan sekolah. Inilah hadiah kecil kami untuk cikgu.
Isnin, 5 Ogos 2013
PELANCARAN BULAN KIBAR JALUR GEMILANG
Pada hari Selasa bersamaan 23.7.2013, Pn Pengetua sekolah iaitu Pn Hjh Rohani bt Mat Jaafar telah melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2013. Pelancarannya dijalankan dalam suasana sederhana kerana sekarang kita berada dalam bulan puasa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negeri Kedah dan lagu Kebangsaan, ucapan pengetua dan perasmian majlis, bacaan sajak dan nyanyian lagu Jalur Gemilang. Sambutan bulan kemerdekaan diwajibkan di semua sekolah sebagai usaha menanam semangat patriotik menjelang Hari Kebangsaan. Suasana ujian, Peperiksaan Percubaan dan cuti pertengahan penggal diharap tidak menyuramkan aktiviti sambutan yang akan dijalankan sehingga 16 September 2013.
Sabtu, 27 April 2013
PLC ( KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL)
Pada 23 hingga 26 April 2013, satu kursus dianjurkan oleh Bahagian BPG untuk guru-guru dari 30 buah sekolah di negeri Kedah. Kursus ini diadakan di Seaview Hotel Langkawi. Selama 4 hari 3 malam peserta didedahkan kepada pengetahuan tentang cara menjalankan Lesson Study, Learning Walks, Peer Coaching dan Teacher Sharing Session di sekolah.
PLC merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti diri guru. Hal ini kerana dalam NKRA Pendidikan telah ditegaskan bahawa salah satu matlamat di Malaysia ialah membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Jadi untuk memastikan pendidikan di sekolah berkualiti maka, perlu wujud komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah. Komuniti Pembelajaran iaitu guru perlu menjadi profesional semasa berada di kawasan sekolah. Semua guru seharusnya menjalankan tugas mengajar secara profesional. Kita seharusnya sentiasa mengkaji RPH secara bersama, mencari amalan baik ( best practices) yang patut dicontohi, berkongsi untuk membaiki pengajaran kita sesama rakan. Dengan itu diharap prestasi pelajar akan meningkat.
Warga guru seharusnya sedar masa lapang di sekolah, apabila tiada jadual digunakan secara profesional untuk berkongsi dengan rakan-rakan dengan melaksanakan PLC bukannya berbual kosong atau melayari laman sosial. Hal ini kerana setiap saat di sekolah, kita dibayar gaji untuk tugas kita sebagai guru. Berdoalah semoga Allah memberi hidayah kepada kita agar kerja kita menjadi ibadah buat bekalan kepada kita setelah dunia ini kita tinggalkan.
Selasa, 26 Mac 2013
Isnin, 25 Mac 2013
Khamis, 21 Mac 2013
KEPUTUSAN SPM SMKKN 2013
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tang baru diumumkan khususnya kepada:
1. Umi Kalsom bt Omar - 7A
2. Nurul Nadia bt Mohamad - 7A
3. Siti Nurul Afiqah bt Abdullah - 6A
4. Mohamad Azani b Mohd Saubi - 6A
5. Mohd Rosyazwan b Roslan - 5A
6. Nur Afiqah bt Ahmad Zahir - 5A
7. Muhammad Shukor b Abu Bakar - 5A
8. Ainul Shuhada bt Abu Bakar - 4A
9. Mohd Fahmi b Che Amat - 4A
10. Nor Fatin Ashikin bt Md Khosim - 4A
11. Saidah Nasra bt Ismail - 4A
12. Siti Nor Komariah bt M Hamzah - 4A
13. Nur Afiqah bt Azizan - 4A
14, Mohd Zakir b Ismail - 4A
Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah juga meningkat kepada 95.35% dengan GP 4.88. mengatasi GP terbaik sebelum ini iaitu 5.0(2011), Bilangan pelajar yang mendapat gred A ialah 75 orang. Bilangan ini merupakan bilangan tertinggi berbanding subjek lain seperti Sains ( 27 orang) , Matematik (23 orang), pend. seni ( 23 orang), Pendidikan Islam ( 12 orang ) dan Sejarah ( 10 orang) Tahniah kepada semua guru Bahasa Melayu tingkatan 5 iaitu Cikgu Anita Che Ad, Cikgu Roshidi Derani, Cikgu Che Noranuwi, Cikgu Nurfaezah Ibrahim, Cikgu Khadzijah Ahmad, Cikgu Zeti Azila Daud dan Cikgu Hasiah Ali.
Tahniah juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains dan 5PD1 yang berjaya mendapat bilangan A paling ramai di bawah bimbingan Cikgu Anita Che Ad. Tahniah juga kepada pelajar 5PS1 yang berjaya lulus bahasa Melayu dan mendapat sijil SPM. Tahniah kepada Bob, Syakir, Afifi, Aliff Iqbal, Mohd Fadhil, Haqkim, Qatrun Aini, Sarimah, Mariam, Kamariah dan Nadia. Cikgu mengagumi kesungguhan anda semua untuk berjaya.
Sesungguhnya kejayaan ini tidak akan terjadi tanpa kesungguhan kita semua. Jangan .lupa untuk bersyukur kepada Allah yang membantu kita untuk berjaya. Semoga pelajar SPM 2013 di SMKKN akan mencontohi kejayaan abang-abang dan kakak-kakak kita ini. Rajin-rajinlah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan dan jangan ponteng sekolah jika ingin berjaya.

Ahad, 3 Mac 2013
PELANCARAN BULAN CINTAI BAHASA KITA
Pada 3.3.2013 Puan Pengetua sekolah telah merasmikan pelancaran Bulan Cintai Bahasa Kita. Beberapa acara akan dijalankan sepanjang bulan ini seperti Pertandingan Shahibba, membaca cerpen, pidato, deklamasi sajak dan membaca berita. Pelajar-pelajar diharap akan menyertai pertandingan secara aktif. Sila beri nama kepada cikgu bahasa anda jika berminat.
Langgan:
Catatan (Atom)