Sabtu, 28 Januari 2012

PEMBINAAN PLOT KEMBARA AMIRA

      (i)            Permulaan

·                     Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat   Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia. 

(ii)          Perkembangan

·                     Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
·                     Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang. 
·                     Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
*           Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.
(i)            Klimaks
·                     Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi  menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan  tersebut.
(ii)          Peleraian
·                     Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
·                     Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi. 

Rabu, 18 Januari 2012

KPI GURU 2012

Pengetua sekolah Ummi meminta supaya semua guru sekolah membuat KPI dan menyerahkan kembali kepadanya pertengahan Februari. Jadi di sini, saya berikan contoh borang KPI untuk rujukan rakan-rakan yang bertanya.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA NERANG
PETUNJUK PRESTASI UTAMA
NAMA                                  :
MATA PELAJARAN           : BAHASA MALAYSIA & PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN                       : 5SS1, 5PS1, 4PD2
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF
PETUNJUK PRESTASI UTAMA(KPI)
SASARAN
STRATEGI
TOV
PPT
PAT
TRIAL
ETR
Meningkatkan tahap kecemerlangan akademik mata pelajaran Bahasa Melayu SMKKN
1. Meningkatkan prestasi bahasa Melayu para pelajar tingkatan 5SS1  dalam SPM
1.Peratus pelajar lulus dalam setiap peperiksaan






CAPAIAN





2.Peratus pelajar mendapat A dalam setiap peperiksaan






CAPAIAN





2.Meningkatkan  prestasi Bahasa Melayu para pelajar tingkatan 5PS1
1.Peratus pelajar lulus dalam setiap peperiksaan
2.Peratus pelajar mendapat gred kepujian dalam setiap peperiksaan






CAPAIAN











CAPAIAN







Rabu, 4 Januari 2012

PERSOALAN DALAM KEMBARA AMIRA

1.    Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

2.    Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.  Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya.  Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

3.    Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.  Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

4.    Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5. Persoalan konflik keluarga.  Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny.  Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

6.  Persoalan ilmu perubatan tradisional.  Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya. 

7. Persoalan integrasi kaum.  Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

TEMA KEMBARA AMIRA

Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia.  Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

SINOPSIS KEMBARA AMIRA

              Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan.  Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir.   Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai.  Amira juga telah berkenalan dengan Malique.

            Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut.  Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.
 
            Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung. 

            Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia.  Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah.  Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua.  Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique.  Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.

            Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia.  Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu.  Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi).  Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik Malique. 
            
           Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasaJacinta pula melanjutkan  pelajaran dalam bidang fesyen di Paris.  Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek  ITnya.