Sabtu, 28 Januari 2012

PEMBINAAN PLOT KEMBARA AMIRA

      (i)            Permulaan

·                     Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat   Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia. 

(ii)          Perkembangan

·                     Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
·                     Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang. 
·                     Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
*           Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.
(i)            Klimaks
·                     Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi  menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan  tersebut.
(ii)          Peleraian
·                     Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
·                     Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan