Hari ini 16 Mei 2012 merupakan hari guru yang di rayakan di seluruh Malaysia. SMK. Kuala Nerang tidak terkecuali meraikan hari yang bermakna dalam profesion keguruan ini. Bermula seawal 7.30 pagi ialah acara perarakan guru dari lobi sekolah ke Dewan Perdana. Tiupan gendang pribumi dan bunga manggar yang mengiringi menambah kemeriahan suasana.
Di dewan majlis mendengar perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Seterusnya ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Para pelajar juga menyampaikan hadiah kepada Pengetua dan Penolong Kanan serta guru-guru. Seterusnya acara memotong kek hari guru.
Perjalanan hari guru diteruskan lagi dengan acara sukaneka dan jamuan. Seterusnya acara persembahan pentas dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah.
Kepada semua guru SMK. Kuala Nerang renunglah peranan kita pada hari yang istimewa ini Adakah kita telah menjadi mualim, murabbi, mudarris dan muadib kerana kerja kita sebenarnya satu ibadah dan amal kebajikan yang berkekalan. Tranformkanlah diri kita agar kita dapat mentranformasikan Pendidikan Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan