Pada 23 September 2012 bersamaan hari Ahad, SMKKN telah secara rasminya menutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Namun begitu kecintaan dan keinginan mempertahankan kemerdekaan yang ada dalam diri setiap pelajar bukan berakhir di sini. Semangat kemerdekaan akan terus kita pelihara dalam jiwa kita sebagai rakyat yang "hubbul watan" yakni mencintai negara. Di sini kita dilahirkan dan di sini kita akan mempertahankan negara kita daripada sebarang ancaman.
Sempena majlis penutup ini, acara penyampaian hadiah untuk pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang bulan ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua iaitu Hajjah Fauziah bt Ramli. Berikut adalah gambar-gambar pemenang pertandingan. Tahniah dan semoga usaha anda akan berterusan pada masa akan datang. Kepada pelajar yang tidak menang jangan berputus asa. Anda juga hebat mungkin rezeki anda ada di tahun hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan