Isnin, 5 November 2012

SOALAN SEBENAR BM SPM 2012

Alhamdulillah, semua pelajar tingkatan 5 telah selesai menduduki  kertas Bahasa Melayu pada hari ini 5.11.2012. Soalan karangan bahagian A menanyakan  Aktiviti  Bulan Kemerdekaan di sekolah berkaitan  acara pentas, pertandingan melukis potret dan pertandingan menghias bilik darjah. Soalan ini agak mudah sebab semua pelajar mempunyai pengalaman berkaitan aktiviti bulan kemerdekaan di sekolah masing-masing.
Soalan 1 Bahagian A juga agak mudah dan mirip soalan percubaan negeri Terengganu. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang.

Khamis, 18 Oktober 2012

SOALAN KARANGAN NO 1 PERCUBAAN MEGERI-NEGERI 2012

KEDAH
Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

PERLIS
Sebagai remaja,jelaskan cara-cara yang anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

PERAK
Bincangkan usaha-usaha  yang wajar  anda lakukan  untuk memastikan harapan ibu bapa yang ingin anda berjaya tercapai.

SELANGOR
Keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pendidikan agama memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.

MELAKA
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik  kepada kedua-dua orang ibu bapa anda.

JOHOR
Jelaskan faedah-faedah yang anda perolehi daripada lawatan sambil belajar.

PAHANG
Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan  komunikasi antara satu sama lain. Jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing  dalam kalangan pelajar.

TERENGGANU
Jelaskan bagaimana program motivasi yang anda sertai menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk berjaya.

KELANTAN
Jelaskan usaha-usaha yang  perlu anda lakukan untuk menangani tekanan
.
SABAH
Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik  dalam kalangan remaja.

SARAWAK
Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan 2020.

LABUAN
Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa  pelbagai kesan  terhadap tingkah laku  anak-anak pada masa kini. Berikan pendapat anda tentang penyataan tersebut.

YIK
Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil  oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah diri dan persekitaran fizikal.

SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Jelaskan ciri-ciri  pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

PULAU PINANG
Jelaskan faedah-faedah yang anda perolehi dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.

MRSM
Kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

Ahad, 23 September 2012

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 23 September 2012 bersamaan hari Ahad, SMKKN telah secara rasminya menutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Namun begitu kecintaan dan keinginan mempertahankan kemerdekaan yang ada dalam diri setiap pelajar bukan berakhir di sini. Semangat kemerdekaan akan terus kita pelihara dalam jiwa kita sebagai rakyat yang "hubbul watan" yakni mencintai negara. Di sini kita dilahirkan dan di sini kita akan mempertahankan negara kita daripada  sebarang ancaman.

Sempena majlis penutup ini, acara penyampaian hadiah untuk pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang bulan ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua  iaitu Hajjah Fauziah bt Ramli. Berikut adalah gambar-gambar pemenang  pertandingan. Tahniah dan semoga usaha anda akan berterusan pada masa akan datang. Kepada pelajar yang tidak menang jangan berputus asa. Anda juga hebat mungkin rezeki anda ada di tahun hadapan.






Khamis, 30 Ogos 2012

SAJAK HARI KEMERDEKAAN

Hari ini SMKKN mengadakan sambutan kemerdekaan sempena 31 Ogos. Hari peringatan itu disambut awal kerana esok 31 Ogos adalah hari cuti di Kedah. Dalam banyak-banyak acara tersebut deklamasi sajak Cik .....oo...Cik paling menarik perhatian dan ditunggu-tunggu oleh pelajar. 6 orang pelajar mengambil bahagian untuk membaca sajak yang agak panjang dalam dialek Padang Terap. Berikut sebahagian daripada bait-bait sajak berkenaan yang ditulis oleh Arwah Cikgu Syed Mahazir iaitu penulis tersohor di Kuala Nerang.

cik... ooo cik...

bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...
jangan lali dok kena ulek...
jangan dema balas isi...
mu hanaih kulit...

cik...
laa zaman medeka...
banyak keja kita...
nak isi wawasan negara...
jiwa kena besar...
usaha kena berlipat ganda..

Kepada pelajar yang mengambil bahagian maaf kerana hari ini Cikgu tidak membawa kamera. Gambar mungkin boleh diakses di Blog Kokurikulum sekolah. Terima kasih kerana berjaya memberi persembahan yang baik.

Selasa, 3 Julai 2012

PETUA DARI TABIB UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT HATI

Hassan Al-Basri berkata, " ketika saya  berjalan-jalan di Kota Basrah dan di pasar bersama seorang ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib sedang duduk di atas kerusi yang dikelilingi orang  lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Di tangan mereka ada gelas yang berisi air. Mereka meminta ubat untuk penyakit masing-masing."
Kemudian pemuda yang bersamaku maju ke depan dan berkata  kepada tabib tersebut, "Wahai tabib,  apakah kamu mempunyai ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?"
Tabib itu kemudian menjelaskan" ambillah sepuluh macam ramuan:
1.Ambillah akar pohon fakir bersama dengan akar pohon tawaddu'
2. Campurkan padanya tumbuhan taubat
3. Taruhkan ke dalam bekas keredhaan.
4.Tumbuklah dengan penumbuk qanaah.
5.Masukkan ke dalam kuali taqwa
6.Lalu tuangkan ke dalamnya air malu.
7. Didihkannya dengan api mahabbah.
8.Tuangkan ke dalam gelas syukur.
9.Kemudian kipaslah dengan kipas harapan.
10 Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika engkau mengerjakan nasihat itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan akhirat"

Ahad, 17 Jun 2012

SOALAN SPM JUN 2012

1. Faedah menggunakan perpustakaan
2. Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
3. Pertanian itu satu perniagaan. Tulis syarahan bagi tajuk ini.
4. Kebaikan dan keburukan pertambahan saluran televisyen
5. Peranan yang perlu dilakukan kepada negara-negara yang menghadapi bencana alam
6. Kepentingan menguruskan masa dengan baik.

Rabu, 13 Jun 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKKN

Pada hari Rabu bersamaan 13.6.2012, telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang yang dirasmikan oleh Tan Sri Tunku Temenggung Kedah. Turut berangkat ialah Toh Puan Sri Tengku Maliha. Selain itu Pengarah Pendidikan Negeri juga hadir sebagai tetamu dan turut memberi ucapan dalam majlis ini.
Hari Anugerah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh bermakna terutama kepada penerima anugerah   kecemerlangan akademik untuk tahun ini.



Semua AJK bekerja kuat untuk menjayakan majlis ini. Kepada semua diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Jumaat, 8 Jun 2012

KURSUS DALAMAN 3

Hari Khamis bersamaan 7.6.2012 sekali lagi SMKKN telah menganjurkan kursus dalaman yang diadakan di Bilik seminar sekolah pada jam 8.30 pagi. Program bermula dengan taklimat wakil YPIEM yang menerangkan cara untuk bersedekah tanpa diketahui oleh orang lain seperti mana hadis yang menyatakan apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu. Salah satu caranya kini ialah melalui potongan gaji secara tetap. Sedekah juuga mempunyai hikmah iaitu dapat memanjangkan umur dan mengelak daripada terkena bencana.

Seterusnya para peserta mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Pengetua sendiri tentang Kaedah Pengurusan Tatatertib dan Penilaian Berasaskan Sekolah. Guru-guru mendapat pengetahuan tentang kaedah mengira cuti rehat khas dan tindakan yang akan dikenakan jika tidak hadir, datang lewat dan engkar perintah.PBS pula  bermula tahun ini khususnya bagi pelajar tingkatan 1 seharusnya disedari oleh semua warga pendidik.




Rabu, 6 Jun 2012

TAJUK KARANGAN SPM SEBENAR 2011


JUN 2011
1. Kepentingan Pengangkutan Awam
2.Faedah Sesuatu Hobi
3.Perhatian Ibu Bapa Terhadap Anak Remaja
4.Potensi Kraf tangan di Malaysia
5.Langkah-langkah merealisasikan Malaysia sebagai Pusat Pendidikan Antarabangsa
6. Sebuah Cerita Tentang Jasa dan Budi Tetap Dikenang.

NOV 2011
1. Faedah Belajar Secara Berkumpulan
2.. Usaha-usaha Yang Perlu Dilakukan Untuk Mencapai Cita-Cita Anda
3. Peranan Keluarga Bagi Menangani Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
4. Manfaat ICT dari segi Komunikasi dan Maklumat
5.. Ciri-ciri Sahabat Yang Baik

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU




Hari ini 16 Mei 2012 merupakan hari guru yang di rayakan di seluruh Malaysia. SMK. Kuala Nerang tidak terkecuali meraikan hari yang bermakna dalam profesion keguruan ini. Bermula seawal 7.30 pagi ialah acara perarakan guru  dari lobi sekolah ke Dewan Perdana. Tiupan gendang pribumi dan bunga manggar yang mengiringi menambah kemeriahan suasana.




Di dewan majlis mendengar perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Seterusnya ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Para pelajar juga menyampaikan hadiah kepada Pengetua dan Penolong Kanan serta guru-guru. Seterusnya acara memotong kek hari guru.

Perjalanan hari guru diteruskan lagi dengan acara sukaneka dan jamuan. Seterusnya acara persembahan pentas dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah.

Kepada semua guru  SMK. Kuala Nerang  renunglah peranan kita pada hari yang istimewa ini  Adakah kita telah  menjadi  mualim, murabbi, mudarris  dan muadib kerana  kerja kita  sebenarnya satu ibadah dan amal kebajikan yang berkekalan. Tranformkanlah diri kita agar kita dapat mentranformasikan Pendidikan Negara.

Khamis, 3 Mei 2012

KEM KECEMERLANGAN SPM DI BELANTARA ELIT

Minggu ini bermula 3.5.2012 hingga 5.5.2012, pelajar-pelajar SMK Kuala Nerang menghadiri kem mengulangkaji pelajaran yang di adakan di luar kawasan sekolah. Tujuannya supaya pelajar dapat belajar dalam suasana yang tenang di bawah rimbunan pepohon dan sejuk tiupan angin tasik. Namun hanya 130 orang sahaja yang merelakan diri untuk hadir. Tahniah kepada yang hadir dan Cikgu percaya mereka mempunyai kesedaran untuk bersedia sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan bermula minggu hadapan. Slot ulangkaji Bahasa Melayu diadakan pada malam Jumaat. Pelajar menampakkan kesungguhan mengulangkaji di bawah bimbingan Cikgu Khadijah, Cikgu Anita, Cikgu Nurfaezah, Cikgu Roshidi, Cikgu Zetty dan Cikgu Hasiah. Kepada semua, terima kasih daun keladi. Hanya Allah sahaja membalas keikhlasan dan  kesungguhan semua.



Rabu, 2 Mei 2012

HIKAYAT INDERAPUTERA

Ringkasan cerita
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah  raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar  Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri  semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.  Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda  dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.


NILAI
1.    Nilai keberanian

Contoh:
·      Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran
          oleh mayat.

2.    Nilai kebijaksanaan

Contoh:
·      Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan   mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin  menindihnya.

3.    Nilai menepati janji

Contoh:
·      Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan                           memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Selasa, 24 April 2012

RENUNGAN UNTUK DIRI

“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.                - Imam al-Ghazali
"If we searching for dignity,sincerity and prosperity,we will facing the difficulties a lot, a long road we have to explore and many circumstances to face".

Kata-kata Imam Al-Ghazali di atas amat benar kerana jika kita inginkan sesuatu yang besar dalam kehidupan kita dan ingin meletakkan diri kita di tempat yang mulia, pastilah kita akan menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan. Misalnya jika  kita ingin berjaya dalam pelajaran kita mestilah bersusah-susah dahulu dari sekarang. Kejayaan tidak akan datang bergolek  dengan mudah tetapi perlu diusahakan. Bak kata pepatah " ruyung perlu dipecahkan". untuk memecahkan ruyung bukanlah mudah. Tenaga perlu kuat, alatan perlu tajam dan cukup. Teknik memecah ruyung perlu dikuasai. Lantas berusahalah diri, jangan hanya mengharap tuah di kaki kerana perjalanan yang panjang itu bermula dengan langkah yang satu.
Semoga Allah memberkati hidup kita. Jumpa lagi.

Ahad, 22 April 2012

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU

MAKSUD SAJAK

Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan

Rabu, 18 April 2012

SUASANA DI DALAM DEWAN

Seterusnya mari kita saksikan suasana di dalam dewan. Bagi saya perjalanan majlis sangat lancar dan kemas. Sebagai tetamu saya berasa tenang dan selesa.








SEPAGI DI SULTANAH ASMA

Pada 18.4.2014, cikgu bersama rakan telah  diajak oleh Pn Pengetua ke Sultanah Asma untuk menyaksikan perjalanan hari anugerah sekolah berkenaan. Di bawah ini dipaparkan beberapa gambar untuk perhatian rakan-rakan guru sebagai contoh untuk mengendalikan hari anugerah di sekolah kita. Saksikan suasana di luar dewan.


                                           nampak ceria dengan streamer
                                               pameran ulangtahun ke-90 sekolah

                                                ketibaan  YTM tetamu Diraja

                                       Meja untuk meletak makanan waris sebelum diedarkan

Ahad, 15 April 2012

KURSUS DALAMAN SMKKN KALI KE-2

Pada hari Sabtu bersamaan 14.4.2012 kursus dalaman berkaitan tajuk PLC diadakan di Bilik Seminar sekolah. Ramai juga guru yang dapat meluangkan masa untuk menimba ilmu. Tajuk ini berkaitan lesson study yang merupakan satu idea baru untuk meningkatkan pengajaran guru. Dalam PLC, ada perkongsian antara ahli Panitia tentang topik yang diajar dan kita cuba memahami bagaimana pelajar menerima apa yang kita ajar. Hal ini penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang apa yang kita ajar. Khabarnya PLC telah diamalkan di Jepun sejak dulu dan baru dijalankan di Amerika.


Ahad, 1 April 2012

CERPEN HUTAN RIMBA


SINOPSIS
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.
TEMA 
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan.
 PERSOALAN
      1.    Kemusnahan flora dan fauna alam.
2.    Kekesalan atas kemusnahan khazanah alam
3.    Kepentingan pendidikan dalam mendidik anak-anak
4. Kepentingan pembangunan dalam memajukan negara

Rabu, 14 Mac 2012

MENGUJI KEFAHAMAN TEKS KEMBARA AMIRA.

Soalan 1
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan. Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat yang lengkap.

“Kau pertahan macam mana sekalipun,Ipah sudah tiada. Dia sudah lari keluar dari hutan ini. Entah hidup atau sudah mati. Semua orang sudah melupakan peristiwa itu. Janganlah kau ungkit-ungkit lagi.  Biarlah mereka lakukan kerja mereka. Lagipun tempat ini sudah tidak selamat. Kau lihatlah. Hutan semakin mengecil. Cuma kampung kita sahaja mereka tidak berani ganggu. Suatu hari nanti habis semua tempat ini dimusnahkan. Kita tidak mempunyai apa-apa lagi”
Dipetik daripada Kembara  Amira   muka surat 85
a.       Siapakah  yang menuturkan kata-kata di atas dan apakah jawatan yang dipegangnya?
b.      Siapakah ‘kau’ yang dimaksudkan dalam petikan di atas?                     
c.       Apakah hubungan  ‘Penutur’ dengan ‘kau’ ?        
d.      Apakah yang cuba dipertahankan oleh ‘kau’ dalam petikan di atas?           
e.       Mengapa Ipah lari keluar dari hutan itu?
f.       Pada pendapat anda mengapa nasihat-menasihati  penting dalam kehidupan kita?
( 4 markah)

Jumaat, 10 Februari 2012

PERWATAKAN DALAM NOVEL KEMBARA AMIRA

AMIRA
·         Pelajar sekolah swasta.
·         Anak Profesor Zaidah.
·         Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
·         Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya. 
·         Seorang yang penyayangContohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia  menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
·         Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
·         Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
WATAK SAMPINGAN

1.    Jacinta

·         Berkulit cerah.
·         Berbangsa Cina.
·         Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
·         Anak seorang jutawan.
·         Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
·         Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
·         Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
·         Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

2.    Itai

·         Berkulit gelap.
·         Berbadan tegap.
·         Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
·         Anak kepada Tau.
·         Bakal ketua kampung.

·         Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
·         Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
·         Seorang yang berani.  Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
·         Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam.  Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

1.    Profesor Zaidah

·         Wanita pertengahan usia
·         Ibu kepada Amira
·         Pensyarah universiti
·         Meminati bidang arkeologi
·         Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. 
·         Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.
·         Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

2.    Tau

·         Seorang yang tinggi lampai.
·         Berbadan tegap.
·         Bapa kepada Malique dan Itai.
·         Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).
·         Adik kepada Ludin.
·         Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.
·         Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.
·         Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.

1.    Malique (Sabi)

·         Berkulit gelap.
·         Berambut kasar.
·         Anak Tau dengan Ipah.
·         Abang kepada Itai.
·         Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
·         Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
·         Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.