Loading...

Ahad, 16 Mac 2014

PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA BULAN BAHASA







Pada 16.3.2014 telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Februari. Tahniah diucapkan kerana berjaya mendapat hadiah. Kepada peserta yang tewas cuba lagi pada masa akan datang. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tuan Hj Saad b Sulaiman.
Senarai pemenang adalah seperti berikut.
Pidato  -
  1. Ikhwan b Radzi - 3A
  2. Noraini Haziqah bt Ahmad Zainuddin
Mengarang esei
Tingkatan 3
  1. Che Diana bt Che Dan - 3AG
  2. Nurul Hanis bt Che Ismail - 3D
  3. Muhammad Haiqal Bin Jafri - 3D
Tingkatan 4
  1. Nur Fahimah bt Bakri - 4PD1
  2. Siti Nor Fatin  bt Md Dun - 4PD1
  3. Mohamad Haiqal Bin Jafri - 4 Sains
Tingkatan 5
  1. Huda Nasihah bt Shafie - 5PD1
  2. Noor Shahira bt Azizan- 5AK
  3. Nurul Fatin Zaiha bt Ahmad
Pantun
  1. 4 Akaun
  2. 4PD1
  3. 4PD3
Sahibba
  1. Ibrahim b Awang - 3A
  2. Alia Hazwani bt Mohd Noor
  3. Nurul Hanani bt Abdullah
Syarahan
  1. Nur Fazlin bt Mohd Abdul Harith
  2. Nur Ain bt Mohd Rodzi
  3. Nor Hanisah bt Hamid
Deklamasi Sajak
  1. Ahmad Ikhtidar Ihsan b A'ahmad Jamili
  2. Nur Amirah bt Muhamad Nor
  3. Anfal binti Khazali

Isnin, 3 Mac 2014

AKTIVITI BULAN BAHASA MELAYU


                 

 Sepanjang Bulan Bahasa ini banyak aktiviti yang telah dijalankan. Kuiz Peribahasa yang dijalankan semasa perhimpunan pagi mendapat sambutan yang menggalakkan. Begitu juga dengan pertandingan pantun antara tingkatan 4. Peserta-peserta pantun yang mewakili kelas masing-masing telah berjaya mencipta pantun yang bermutu. Peserta pidato dan syarahan  juga telah berjaya mempamerkan bakat yang terpendam dan tampil dengan penuh keyakinan untuk bertanding. Pertandingan Sahibba juga berjaya  menemui  bakat  pelajar^pelajar menengah rendah. Pertandingan menulis karangan juga  telah selesai. Semua nama pemenang akan diumumkan dalam perhimpunan sekolah  yang akan datang,

AJK Persatuan Bahasa Melayu Mempromosi Pertandingan
                                 

Notis  Aktiviti  di laluan pelajar


Pemyampaian hadiah kepada pemenang harian kuiz peribahasa.



Kumpulan Pantun dari Tingkatan 4Akaun


 
Kumpulan Pantun  4PD1 turut mara ke pertandingan akhir

Bersedia untuk bertanding

Selasa, 11 Februari 2014

BULAN BAHASA MELAYU 2014 DI SMKKN

Pada 9.2.2014. telah berlangsung pelancaran Bulan Bahasa Melayu bagi tahun ini. Majlis disempurnakan oleh Puan Hjh Rohani bt Mat Jaafar iaitu Pengetua sekolah.  Majlis berlangsung di Dewan Perdana dihadiri oleh semua guru dan pelajar sesi pagi.

Majlis dimulakan dengan acara perhimpunan rasmi  yang dimulai dengan bacaan doa, seterusnya bacaan ikrar pelajar, nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. Seterusnya ucapan guru bertugas, taklimat aktiviti Bulan Bahasa dan ucapan perasmian oleh Puan Pengetua.





Sebaik streamer Bulan Bahasa dijatuhkan oleh pengetua, lagu Bahasa Jiwa Bangsa dikumandangkan oleh pasukan koir pelajar-pelajar tingkatan 3. Majlis berakhir jam 8.30 pagi. Antara acara-acara yang akan dijalankan dalam Bulan Bahasa ialah:

  1.  Pertandingan Sahibba   dikelolakan oleh  En Mohamad Faizi b Mohd Akhir
  2. Pertandingan Deklamasi sajak   -  Encik Che Noranuwi b Hamid
  3. Pertandingan  Mengarang   - Pn Hasiah Ali, Pn Zeti Azila Daud dan Pn Kamarian Abdullah Sani
  4. Pertandingan  Pidato - Pn Anita Che Ad dan Pn Norfaezah Ibrahim
  5. Pertandingan Pantun - Pn Zaharah Awang, Pn Sharimah Othman
  6. Kuiz Peribahasa  - Pn Khadzijah  bt Ahmad
Pelajar-pelajar yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar nama masing-masing dan berjumpa dengan guru-guru yang disebutkan di atas tadi.

Selasa, 5 November 2013

SELAMAT MENDUDUKI SPM

Esok 6.11.2013 merupakan hari yang penting dalam kehidupan anak-anak tingkatan 5. Cikgu ucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua pelajar akan menjawab soalan dengan tenang. Cikgu juga berdoa semoga Allah permudahkan  para pelajar dalam dewan peperiksaan. Sesungguhnya kita telah berusaha. Kini kita akan menjawab soalan dan kita bertawakkal  dengan Allah.


Ahad, 6 Oktober 2013

SELAMAT BERISTERAHAT DI ALAM SANA



Pada tanggal  6 Oktober 2013, SMKKN dikejutkan dengan berita pemergian Norafliana bt Yahaya akibat lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Tasik Pedu. Khabarnya Norafliana ditarik ombak akibat angin kuat ketika sedang bermain air. Sekolah terutama ahli-ahli pasukan bicara berirama sekolah amat bersedih atas pemergian beliau. Terasa baru sahaja kita bersama, mengenali  dan berlatih mewakili sekolah. Arwah Norafliana begitu bersungguh-sungguh semasa latihan dan beliau telah memberitahu Cikgu yang beliau ingin terus mewakili sekolah pada tahun hadapan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Arwah terkenal kerana ramah. Sepanjang saya mengenalinya arwah begitu menghormati saya. Oleh sebab itulah saya menaruh kepercayaan kepadanya untuk menjadi ketua kepada kumpulan bicara berirama tingkatan 1.

Hujan turun badanpun basah
batang galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu berpisah
kehendak Allah siapalah tahu.

Bersemadilah dengan tenang muridku di alam sana.

Isnin, 30 September 2013

KURSUS PENGHAYATAN KOMSAS

Sekali lagi tahun ini saya terpilih mengikuti kursus di bawah dasar MBMMBI. Sudah dua kali saya ikuti kursus BM tahun ini. Kali ini kursus diadakan di Hotel Summit, Bukit Mertajam dari 28 hingga 30 September 2013. Kursus ini agak menarik kerana dipenuhi dengan aktiviti lakonan dan persembahan oleh kumpulan berdasarkan bahan sastera dari teks Harga Remaja. Alhamdulillah kumpulan saya iaitu Kumpulan 6 berjaya menjadi kumpulan terbaik dalam persembahan  mendramakan cerpen Biarkan Samudera. Saya berasa  bertuah kerana dapat bergabung bersama ahli-ahli kumpulan yang kreatif dan berkesungguhan. Alhamdulillah  kursus ini banyak membantu saya untuk mengajar komsas dengan cara yang lebih menarik.


Ahad, 22 September 2013

PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA



PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA
1.       Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Dimana kita berada , kita sentiasa  mengikut peraturan dan menghormati  penduduk  tempat itu

2.       Siapa yang memakan cili dia yang terasa pedas
Sesiapa yang melakukan kesalahan dia yang akan terasa sindiran

3.       Berpatah arang, berkerat rotan
Berpisah atau  memutus hubungan dan tidak akan berbaik semula

4.       Keras kepala
Degil

5.       Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Perangai atau  bakat  ibu bapa akan diikuti oleh anak-anak

6.        Ular  yang menyusur  akar tidak akan hilang bisanya
Orang  berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika  merendahkan diri.

7.       Belut pulang ke lumpur
Orang merantau akan pulang ke tempat asalnya

8.       Nasi sudah menjadi bubur
Kesalahan yang tidak boleh diperbaiki lagi

9.       Sudah terhantuk baru tengadah
Sudah terkena baru sedar

10.   Harimau menyorokkan kuku
Orang hebat yang tidak menunjukkan kehebatan tetapi merendah diri.

11.   Mencurah garam ke laut
Member nasihat yang sia-sia

12.   Seperti pahat dengan penukul
Orang yang  malas dan bekerja hanya apabila disuruh

13.   Menangguk di air keruh
Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

14.   Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Orang yang baik, di mana-mana berada mendatangkan manfaat atau kebaikan

15.   Indah khabar dari rupa
Perkhabaran  atau berita  yang dilebih-lebihkan

16.   Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Jika takut ditimpa masalah, jangan cuba melakukan sesuatu  perkara.

17.   Makan suap
Menerima rasuah

18.   Rambut sama hitam, hati lain-lain
Manusia ini tidak sama perangainya kerana kadang-kadang mempunyai maksud jahat.

19.   Ditelan mati emak, diluah mati bapak
Perasaan serba salah dalam diri seseorang

20.   Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
Perasaan  terlalu gembira menerima tetamu atau sesuatu

21.   Di mana  ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika ada kemahuan atau keinginan untuk melakukan sesuatu, kita akan berusaha sedaya upaya.

22.   Lain yang makan nangka, lain yang kena getah
Orang lain yang berbuat salah, orang lain yang dituduh

23.   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Semangat kerjasama dalam apa jua keadaan

24.   Meninggi diri
Sombong  atau angkuh

25.   Seperti lembu dicucuk hidung
Orang  bodoh yang hanya mengikut sahaja kehendak orang lain

26.   Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Jika kita menerima kebaikan, kita akan membalas dengan kebaikan juga

27.   Tikus membaiki labu
Tidak tahu melakukan sesuatu kerja, tetapi melakukan juga, akhirnya  keadaan  menjadi semakin teruk

28.   Hanya jauhari mengenal manikam
Orang yang mahir dan berilmu sahaja yang dapat mengetahui  kehebatan sesuatu.

29.   Menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri
Orang yang menceritakan keburukan keluarga sendiri, akhirnya dia juga yang malu.

30.   Menegak benang basah
Bertengkar untuk mempertahankan  perkara yang  sebenarnya salah.