Jumaat, 29 Julai 2011

PERIBAHASA

TINGKATAN 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
     Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

    Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri      Maksud : Sombong

5. bermuka dua      Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati      Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang    Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang    

    Maksud : Mengerjakan sesuatu    yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai 
    kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya     Maksud : Mendidik anak biarlah sejak

    mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi  

     Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung

      Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
      Maksud : Bersama-sama  menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

      Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati      Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati      Maksud : Tidak sombong

17. murah hati          Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

      Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
TINGKATAN 5
1. lintah darat      Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang   Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri 

    sendiri
    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih 
     baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan 
    sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa

    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit

    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya
    setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

     Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak   

     Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

      Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang
     menerima akibatnya..

13. memerah otak    Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

     Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah
     payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,

     bersenang-senang kemudian
     Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada
     kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

      Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

     Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

      Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

     Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

     Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di
     tangan hilang pula.

21. mencari jalan

     Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat

      Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan

    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

      Maksud : Gembira.

25. anak buah

     Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah

     Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

     Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang

     Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

     Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
                   b. Kehidupan yang senang.



Rabu, 20 Julai 2011

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang kesetiaan seorang isteri yang kehilangan suami akibat tragedi tsunami. Jimah setia menunggu suaminya Jumaat yang tidak pulang-pulang setelah keluar ke laut. Semasa suaminya berada di laut berlaku kejadian tsunami. Jimah menunggu suaminya di tepi pantai dan tidak pulang-pulang ke rumah. Anak-anaknya Sabri, Sabariah, Shahrul, Salmah dan Sani pulang ke kampung setelah berita kehilangan bapa mereka diterima. Walaupun begitu, berlaku pertengkaran antara adik-beradik itu kerana sikap mereka yang mementingkan diri sendiri. Sabariah yang merupakan anak kedua agak lancangnya mulutnya dan kurang pertimbangan semasa berkata-kata. Sani yang merupakan anak angkat lebih bertimbang rasa dan memahami perasaan Jimah. Jiran mereka Pak Man dan Mak Jah amat mengambil berat tentang apa yang menimpa keluarga tersebut dan menasihati  anak-anak Jimah supaya lebih memahami  pengorbanan ibu bapa mereka. Dalam keadaan tersebut ada pula pihak yang cuba mengambil kesempatan  iaitu Wahid dan Senin  berpuira-pura untuk membantu mangsa-mangsa tsunami sedangkan mereka ingin mencuri barangan mangsa. Keluarga ini kemudian menerima berita bahawa Jumaat masih hidup dan berada di balai polis. Sabariah menyesal  dan sedar akan kesilapannya  kerana bersikap baran sebelum ini.