Jumaat, 29 Julai 2011

PERIBAHASA

TINGKATAN 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
     Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

    Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri      Maksud : Sombong

5. bermuka dua      Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati      Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang    Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang    

    Maksud : Mengerjakan sesuatu    yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai 
    kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya     Maksud : Mendidik anak biarlah sejak

    mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi  

     Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung

      Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
      Maksud : Bersama-sama  menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

      Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati      Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati      Maksud : Tidak sombong

17. murah hati          Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

      Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
TINGKATAN 5
1. lintah darat      Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang   Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri 

    sendiri
    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih 
     baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan 
    sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa

    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit

    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya
    setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

     Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak   

     Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

      Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang
     menerima akibatnya..

13. memerah otak    Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

     Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah
     payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,

     bersenang-senang kemudian
     Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada
     kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

      Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

     Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

      Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

     Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

     Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di
     tangan hilang pula.

21. mencari jalan

     Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat

      Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan

    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

      Maksud : Gembira.

25. anak buah

     Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah

     Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

     Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang

     Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

     Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
                   b. Kehidupan yang senang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan