Rabu, 4 Januari 2012

PERSOALAN DALAM KEMBARA AMIRA

1.    Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

2.    Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.  Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya.  Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

3.    Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.  Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

4.    Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5. Persoalan konflik keluarga.  Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny.  Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

6.  Persoalan ilmu perubatan tradisional.  Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya. 

7. Persoalan integrasi kaum.  Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan