Esok 6.11.2013 merupakan hari yang penting dalam kehidupan anak-anak tingkatan 5. Cikgu ucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua pelajar akan menjawab soalan dengan tenang. Cikgu juga berdoa semoga Allah permudahkan para pelajar dalam dewan peperiksaan. Sesungguhnya kita telah berusaha. Kini kita akan menjawab soalan dan kita bertawakkal dengan Allah.
Selamat datang kepada semua pencinta ilmu. Semoga kita dapat berkongsi info berkaitan BMSPM untuk manfaat bersama.
Selasa, 5 November 2013
Ahad, 6 Oktober 2013
SELAMAT BERISTERAHAT DI ALAM SANA
Pada tanggal 6 Oktober 2013, SMKKN dikejutkan dengan berita pemergian Norafliana bt Yahaya akibat lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Tasik Pedu. Khabarnya Norafliana ditarik ombak akibat angin kuat ketika sedang bermain air. Sekolah terutama ahli-ahli pasukan bicara berirama sekolah amat bersedih atas pemergian beliau. Terasa baru sahaja kita bersama, mengenali dan berlatih mewakili sekolah. Arwah Norafliana begitu bersungguh-sungguh semasa latihan dan beliau telah memberitahu Cikgu yang beliau ingin terus mewakili sekolah pada tahun hadapan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Arwah terkenal kerana ramah. Sepanjang saya mengenalinya arwah begitu menghormati saya. Oleh sebab itulah saya menaruh kepercayaan kepadanya untuk menjadi ketua kepada kumpulan bicara berirama tingkatan 1.
Hujan turun badanpun basah
batang galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu berpisah
kehendak Allah siapalah tahu.
Bersemadilah dengan tenang muridku di alam sana.
Isnin, 30 September 2013
KURSUS PENGHAYATAN KOMSAS
Sekali lagi tahun ini saya terpilih mengikuti kursus di bawah dasar MBMMBI. Sudah dua kali saya ikuti kursus BM tahun ini. Kali ini kursus diadakan di Hotel Summit, Bukit Mertajam dari 28 hingga 30 September 2013. Kursus ini agak menarik kerana dipenuhi dengan aktiviti lakonan dan persembahan oleh kumpulan berdasarkan bahan sastera dari teks Harga Remaja. Alhamdulillah kumpulan saya iaitu Kumpulan 6 berjaya menjadi kumpulan terbaik dalam persembahan mendramakan cerpen Biarkan Samudera. Saya berasa bertuah kerana dapat bergabung bersama ahli-ahli kumpulan yang kreatif dan berkesungguhan. Alhamdulillah kursus ini banyak membantu saya untuk mengajar komsas dengan cara yang lebih menarik.
Ahad, 22 September 2013
PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA
PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA
1.
Dimana
bumi dipijak di situ langit dijunjung
Dimana kita berada , kita sentiasa mengikut peraturan dan menghormati penduduk tempat itu
2.
Siapa
yang memakan cili dia yang terasa pedas
Sesiapa yang melakukan kesalahan dia yang
akan terasa sindiran
3.
Berpatah
arang, berkerat rotan
Berpisah atau
memutus hubungan dan tidak akan berbaik semula
4.
Keras
kepala
Degil
5.
Ke
mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Perangai atau
bakat ibu bapa akan diikuti oleh
anak-anak
6.
Ular
yang menyusur akar tidak akan
hilang bisanya
Orang
berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika merendahkan diri.
7.
Belut
pulang ke lumpur
Orang merantau akan pulang ke tempat
asalnya
8.
Nasi
sudah menjadi bubur
Kesalahan yang tidak boleh diperbaiki lagi
9.
Sudah
terhantuk baru tengadah
Sudah terkena baru sedar
10.
Harimau
menyorokkan kuku
Orang hebat yang tidak menunjukkan
kehebatan tetapi merendah diri.
11.
Mencurah
garam ke laut
Member nasihat yang sia-sia
12.
Seperti
pahat dengan penukul
Orang yang
malas dan bekerja hanya apabila disuruh
13.
Menangguk
di air keruh
Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang
lain.
14.
Benih
yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Orang yang baik, di mana-mana berada
mendatangkan manfaat atau kebaikan
15.
Indah
khabar dari rupa
Perkhabaran atau berita
yang dilebih-lebihkan
16.
Kalau
takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Jika takut ditimpa masalah, jangan cuba
melakukan sesuatu perkara.
17.
Makan
suap
Menerima rasuah
18.
Rambut
sama hitam, hati lain-lain
Manusia ini tidak sama perangainya kerana
kadang-kadang mempunyai maksud jahat.
19.
Ditelan
mati emak, diluah mati bapak
Perasaan serba salah dalam diri seseorang
20.
Kecil
tapak tangan nyiru ditadahkan
Perasaan
terlalu gembira menerima tetamu atau sesuatu
21.
Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika ada kemahuan atau keinginan untuk
melakukan sesuatu, kita akan berusaha sedaya upaya.
22.
Lain yang
makan nangka, lain yang kena getah
Orang lain yang berbuat salah, orang lain
yang dituduh
23.
Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing
Semangat kerjasama dalam apa jua keadaan
24.
Meninggi
diri
Sombong
atau angkuh
25.
Seperti
lembu dicucuk hidung
Orang
bodoh yang hanya mengikut sahaja kehendak orang lain
26.
Orang
berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Jika kita menerima kebaikan, kita akan
membalas dengan kebaikan juga
27.
Tikus
membaiki labu
Tidak tahu melakukan sesuatu kerja, tetapi
melakukan juga, akhirnya keadaan menjadi semakin teruk
28.
Hanya
jauhari mengenal manikam
Orang yang mahir dan berilmu sahaja yang
dapat mengetahui kehebatan sesuatu.
29.
Menepuk
air ke dulang, terpercik ke muka sendiri
Orang yang menceritakan keburukan keluarga
sendiri, akhirnya dia juga yang malu.
30.
Menegak
benang basah
Bertengkar untuk mempertahankan perkara yang
sebenarnya salah.
Ahad, 15 September 2013
ANALISIS SOALAN PERCUBAAN - SOALAN NO 1 KERTAS 1
- Soalan Perak Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan harian.
Sebagai pelajar bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan harian - Soalan Negeri Sembilan Guru Ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru
- Soalan Dari Selangor Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional warisan nenek moyang mereka.Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan pelestarian kebudayaan tersebut.
- Soalan JohorSemasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing. Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan
- Soalan MRSM Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat Bimbingan dan Kaunseling.
- Soalan KedahAnda seorang pelajar cemerlang SPM di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Langkah-Langkah Menjadi Pelajar Cemerlang,Tulis ceramah anda selengkapnya.
- Pulau Pinang ; Anda telah berpeluang bercuti bersama keluarga di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan di Malaysia lebih menarik.
- YIK : Sekolah anda akan menganjurkan "Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah" . Berikan pendapat anda tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut.
Selasa, 20 Ogos 2013
SMKKN JOHAN BICARA BERIRAMA DAERAH PADANG TERAP
Tahniah dari cikgu dan seluruh warga sekolah kepada pasukan bicara berirama kerana telah berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad. Kita menjadi kumpulan pertama yang merealisasikan slogan baru sekolah kita iaitu "SMKKN Terbaik" . Kejayaan ini merupakan satu langkah awal kita untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Pasukan ini telah berlatih sejak bulan April lagi. Terima kasih kepada semua pelajar asrama yang berani menyahut cabaran dan berlatih tanpa mengenal jemu.Rasanya berbaloi pengorbanan kita semua.
Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang membantu saya untuk melatih pasukan kita terutamanya Cikgu Haslida, Cikgu Jamiah, Cikgu Intan, Cikgu Rashidah dan Cikgu Atirah. Sesungguhnya komitmen cikgu-cikgu dan keikhlasan cikgu-cikgu sangat membantu kejayaan ini. Saya hanya menghasilkan skrip dan melatih pelajar pada peringkat awal. cikgu-cikgulah yang telah meneruskan usaha tersebut. Saya amat yakin jika semua guru memberi kerjasama seperti ini,lebih banyak kejayaan akan kita kecapi. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik cikgu-cikgu semua.
Terima kasih juga kepada Pn Pengetua kerana hadir memberi sokongan kepada pasukan sekolah. Inilah hadiah kecil kami untuk cikgu.
Isnin, 5 Ogos 2013
PELANCARAN BULAN KIBAR JALUR GEMILANG
Pada hari Selasa bersamaan 23.7.2013, Pn Pengetua sekolah iaitu Pn Hjh Rohani bt Mat Jaafar telah melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2013. Pelancarannya dijalankan dalam suasana sederhana kerana sekarang kita berada dalam bulan puasa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negeri Kedah dan lagu Kebangsaan, ucapan pengetua dan perasmian majlis, bacaan sajak dan nyanyian lagu Jalur Gemilang. Sambutan bulan kemerdekaan diwajibkan di semua sekolah sebagai usaha menanam semangat patriotik menjelang Hari Kebangsaan. Suasana ujian, Peperiksaan Percubaan dan cuti pertengahan penggal diharap tidak menyuramkan aktiviti sambutan yang akan dijalankan sehingga 16 September 2013.
Langgan:
Catatan (Atom)
