Isnin, 5 November 2012

SOALAN SEBENAR BM SPM 2012

Alhamdulillah, semua pelajar tingkatan 5 telah selesai menduduki  kertas Bahasa Melayu pada hari ini 5.11.2012. Soalan karangan bahagian A menanyakan  Aktiviti  Bulan Kemerdekaan di sekolah berkaitan  acara pentas, pertandingan melukis potret dan pertandingan menghias bilik darjah. Soalan ini agak mudah sebab semua pelajar mempunyai pengalaman berkaitan aktiviti bulan kemerdekaan di sekolah masing-masing.
Soalan 1 Bahagian A juga agak mudah dan mirip soalan percubaan negeri Terengganu. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang.

Khamis, 18 Oktober 2012

SOALAN KARANGAN NO 1 PERCUBAAN MEGERI-NEGERI 2012

KEDAH
Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

PERLIS
Sebagai remaja,jelaskan cara-cara yang anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

PERAK
Bincangkan usaha-usaha  yang wajar  anda lakukan  untuk memastikan harapan ibu bapa yang ingin anda berjaya tercapai.

SELANGOR
Keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pendidikan agama memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.

MELAKA
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik  kepada kedua-dua orang ibu bapa anda.

JOHOR
Jelaskan faedah-faedah yang anda perolehi daripada lawatan sambil belajar.

PAHANG
Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan  komunikasi antara satu sama lain. Jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing  dalam kalangan pelajar.

TERENGGANU
Jelaskan bagaimana program motivasi yang anda sertai menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk berjaya.

KELANTAN
Jelaskan usaha-usaha yang  perlu anda lakukan untuk menangani tekanan
.
SABAH
Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik  dalam kalangan remaja.

SARAWAK
Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan 2020.

LABUAN
Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa  pelbagai kesan  terhadap tingkah laku  anak-anak pada masa kini. Berikan pendapat anda tentang penyataan tersebut.

YIK
Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil  oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah diri dan persekitaran fizikal.

SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Jelaskan ciri-ciri  pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

PULAU PINANG
Jelaskan faedah-faedah yang anda perolehi dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.

MRSM
Kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

Ahad, 23 September 2012

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 23 September 2012 bersamaan hari Ahad, SMKKN telah secara rasminya menutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Namun begitu kecintaan dan keinginan mempertahankan kemerdekaan yang ada dalam diri setiap pelajar bukan berakhir di sini. Semangat kemerdekaan akan terus kita pelihara dalam jiwa kita sebagai rakyat yang "hubbul watan" yakni mencintai negara. Di sini kita dilahirkan dan di sini kita akan mempertahankan negara kita daripada  sebarang ancaman.

Sempena majlis penutup ini, acara penyampaian hadiah untuk pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang bulan ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua  iaitu Hajjah Fauziah bt Ramli. Berikut adalah gambar-gambar pemenang  pertandingan. Tahniah dan semoga usaha anda akan berterusan pada masa akan datang. Kepada pelajar yang tidak menang jangan berputus asa. Anda juga hebat mungkin rezeki anda ada di tahun hadapan.






Khamis, 30 Ogos 2012

SAJAK HARI KEMERDEKAAN

Hari ini SMKKN mengadakan sambutan kemerdekaan sempena 31 Ogos. Hari peringatan itu disambut awal kerana esok 31 Ogos adalah hari cuti di Kedah. Dalam banyak-banyak acara tersebut deklamasi sajak Cik .....oo...Cik paling menarik perhatian dan ditunggu-tunggu oleh pelajar. 6 orang pelajar mengambil bahagian untuk membaca sajak yang agak panjang dalam dialek Padang Terap. Berikut sebahagian daripada bait-bait sajak berkenaan yang ditulis oleh Arwah Cikgu Syed Mahazir iaitu penulis tersohor di Kuala Nerang.

cik... ooo cik...

bakit... cik ooo bakit...
jangan ralik...
jangan lali dok kena ulek...
jangan dema balas isi...
mu hanaih kulit...

cik...
laa zaman medeka...
banyak keja kita...
nak isi wawasan negara...
jiwa kena besar...
usaha kena berlipat ganda..

Kepada pelajar yang mengambil bahagian maaf kerana hari ini Cikgu tidak membawa kamera. Gambar mungkin boleh diakses di Blog Kokurikulum sekolah. Terima kasih kerana berjaya memberi persembahan yang baik.

Selasa, 3 Julai 2012

PETUA DARI TABIB UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT HATI

Hassan Al-Basri berkata, " ketika saya  berjalan-jalan di Kota Basrah dan di pasar bersama seorang ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib sedang duduk di atas kerusi yang dikelilingi orang  lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Di tangan mereka ada gelas yang berisi air. Mereka meminta ubat untuk penyakit masing-masing."
Kemudian pemuda yang bersamaku maju ke depan dan berkata  kepada tabib tersebut, "Wahai tabib,  apakah kamu mempunyai ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?"
Tabib itu kemudian menjelaskan" ambillah sepuluh macam ramuan:
1.Ambillah akar pohon fakir bersama dengan akar pohon tawaddu'
2. Campurkan padanya tumbuhan taubat
3. Taruhkan ke dalam bekas keredhaan.
4.Tumbuklah dengan penumbuk qanaah.
5.Masukkan ke dalam kuali taqwa
6.Lalu tuangkan ke dalamnya air malu.
7. Didihkannya dengan api mahabbah.
8.Tuangkan ke dalam gelas syukur.
9.Kemudian kipaslah dengan kipas harapan.
10 Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika engkau mengerjakan nasihat itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan akhirat"

Ahad, 17 Jun 2012

SOALAN SPM JUN 2012

1. Faedah menggunakan perpustakaan
2. Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
3. Pertanian itu satu perniagaan. Tulis syarahan bagi tajuk ini.
4. Kebaikan dan keburukan pertambahan saluran televisyen
5. Peranan yang perlu dilakukan kepada negara-negara yang menghadapi bencana alam
6. Kepentingan menguruskan masa dengan baik.

Rabu, 13 Jun 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKKN

Pada hari Rabu bersamaan 13.6.2012, telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang yang dirasmikan oleh Tan Sri Tunku Temenggung Kedah. Turut berangkat ialah Toh Puan Sri Tengku Maliha. Selain itu Pengarah Pendidikan Negeri juga hadir sebagai tetamu dan turut memberi ucapan dalam majlis ini.
Hari Anugerah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh bermakna terutama kepada penerima anugerah   kecemerlangan akademik untuk tahun ini.



Semua AJK bekerja kuat untuk menjayakan majlis ini. Kepada semua diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.