Sabtu, 27 April 2013

PLC ( KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL)

Pada 23 hingga 26 April 2013, satu kursus dianjurkan oleh Bahagian BPG untuk guru-guru dari 30 buah sekolah di negeri Kedah. Kursus ini diadakan di Seaview Hotel Langkawi. Selama 4 hari 3 malam peserta didedahkan kepada pengetahuan tentang cara menjalankan Lesson Study, Learning Walks, Peer Coaching dan Teacher Sharing Session di sekolah. PLC merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti diri guru. Hal ini kerana dalam NKRA Pendidikan telah ditegaskan bahawa salah satu matlamat di Malaysia ialah membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Jadi untuk memastikan pendidikan di sekolah berkualiti maka, perlu wujud komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah. Komuniti Pembelajaran iaitu guru perlu menjadi profesional semasa berada di kawasan sekolah. Semua guru seharusnya menjalankan tugas mengajar secara profesional. Kita seharusnya sentiasa mengkaji RPH secara bersama, mencari amalan baik ( best practices) yang patut dicontohi, berkongsi untuk membaiki pengajaran kita sesama rakan. Dengan itu diharap prestasi pelajar akan meningkat. Warga guru seharusnya sedar masa lapang di sekolah, apabila tiada jadual digunakan secara profesional untuk berkongsi dengan rakan-rakan dengan melaksanakan PLC bukannya berbual kosong atau melayari laman sosial. Hal ini kerana setiap saat di sekolah, kita dibayar gaji untuk tugas kita sebagai guru. Berdoalah semoga Allah memberi hidayah kepada kita agar kerja kita menjadi ibadah buat bekalan kepada kita setelah dunia ini kita tinggalkan.

Isnin, 25 Mac 2013

Beberapa idea untuk mencantikkan sekolah

                                                                       koridor


sudut bacaan bilik darjah

bilik wawasan  
 
Bilik wawasan
  

   
   

Khamis, 21 Mac 2013

KEPUTUSAN SPM SMKKN 2013

Tahniah diucapkan  kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tang baru diumumkan khususnya kepada:
1. Umi Kalsom bt Omar  - 7A
2. Nurul Nadia bt Mohamad - 7A
3. Siti  Nurul Afiqah bt Abdullah - 6A
4. Mohamad Azani b Mohd Saubi - 6A
5. Mohd Rosyazwan b Roslan - 5A
6. Nur Afiqah bt  Ahmad Zahir - 5A
7. Muhammad Shukor b Abu Bakar - 5A
8. Ainul Shuhada bt Abu Bakar - 4A
9. Mohd Fahmi b Che Amat - 4A
10. Nor Fatin Ashikin bt Md Khosim - 4A
11. Saidah Nasra bt Ismail - 4A
12. Siti Nor Komariah bt M Hamzah - 4A
13. Nur Afiqah bt Azizan - 4A
14, Mohd Zakir b Ismail - 4A

Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah juga meningkat kepada 95.35% dengan GP 4.88. mengatasi GP terbaik sebelum ini iaitu 5.0(2011), Bilangan pelajar yang mendapat gred A ialah 75 orang. Bilangan ini merupakan bilangan tertinggi berbanding subjek lain seperti Sains ( 27 orang) , Matematik (23 orang), pend. seni ( 23 orang), Pendidikan Islam ( 12 orang ) dan Sejarah ( 10 orang) Tahniah kepada semua guru Bahasa Melayu tingkatan 5 iaitu Cikgu Anita Che Ad, Cikgu Roshidi Derani, Cikgu Che Noranuwi, Cikgu Nurfaezah Ibrahim, Cikgu Khadzijah Ahmad, Cikgu Zeti Azila Daud dan Cikgu Hasiah Ali.
Tahniah juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains dan 5PD1 yang berjaya mendapat bilangan A paling ramai di bawah bimbingan Cikgu Anita Che Ad. Tahniah juga kepada pelajar 5PS1 yang berjaya lulus bahasa Melayu dan mendapat sijil SPM. Tahniah kepada  Bob, Syakir, Afifi, Aliff Iqbal, Mohd Fadhil, Haqkim, Qatrun Aini, Sarimah, Mariam, Kamariah dan Nadia. Cikgu mengagumi kesungguhan anda semua untuk berjaya.

Sesungguhnya  kejayaan ini tidak akan terjadi tanpa kesungguhan kita semua. Jangan .lupa untuk bersyukur kepada Allah yang membantu kita untuk berjaya. Semoga pelajar  SPM 2013 di SMKKN akan mencontohi  kejayaan abang-abang dan kakak-kakak kita ini. Rajin-rajinlah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan dan jangan ponteng sekolah jika ingin berjaya.



Ahad, 3 Mac 2013

PELANCARAN BULAN CINTAI BAHASA KITA





Pada 3.3.2013  Puan Pengetua sekolah telah merasmikan pelancaran Bulan Cintai Bahasa Kita. Beberapa acara akan dijalankan sepanjang bulan ini seperti Pertandingan Shahibba, membaca cerpen, pidato, deklamasi sajak  dan membaca berita. Pelajar-pelajar  diharap akan menyertai pertandingan secara aktif. Sila beri nama kepada cikgu bahasa anda jika berminat. 

                                           Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan


NAIB JOHAN PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN 2013 DAERAH PADANG TERAP


Alhamdulillah pada hari Khamid 28.2.2013 pasukan debat  SMKKN  telah diumumkan sebagai naib johan pertandingan debat dalam daerah. Tahniah atas kerja kuat ahli-ahli pasukan yang telah membuat latihan dalam jangka masa yang agak lama. Pasukan sekolah juga telah berjaya mengalahkan pasukan debat Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau dalam pusingan awal. Barisan pendebat sekolah ialah Norsyahirah bt Mohd Nor, Mohd Ridwan b Subri, Mohd Helmi  Afizul b Othman, Mohd Ikram b Nazri dan  Abdullah b Mustafa.


Isnin, 5 November 2012

SOALAN SEBENAR BM SPM 2012

Alhamdulillah, semua pelajar tingkatan 5 telah selesai menduduki  kertas Bahasa Melayu pada hari ini 5.11.2012. Soalan karangan bahagian A menanyakan  Aktiviti  Bulan Kemerdekaan di sekolah berkaitan  acara pentas, pertandingan melukis potret dan pertandingan menghias bilik darjah. Soalan ini agak mudah sebab semua pelajar mempunyai pengalaman berkaitan aktiviti bulan kemerdekaan di sekolah masing-masing.
Soalan 1 Bahagian A juga agak mudah dan mirip soalan percubaan negeri Terengganu. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang.