Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tang baru diumumkan khususnya kepada:
1. Umi Kalsom bt Omar - 7A
2. Nurul Nadia bt Mohamad - 7A
3. Siti Nurul Afiqah bt Abdullah - 6A
4. Mohamad Azani b Mohd Saubi - 6A
5. Mohd Rosyazwan b Roslan - 5A
6. Nur Afiqah bt Ahmad Zahir - 5A
7. Muhammad Shukor b Abu Bakar - 5A
8. Ainul Shuhada bt Abu Bakar - 4A
9. Mohd Fahmi b Che Amat - 4A
10. Nor Fatin Ashikin bt Md Khosim - 4A
11. Saidah Nasra bt Ismail - 4A
12. Siti Nor Komariah bt M Hamzah - 4A
13. Nur Afiqah bt Azizan - 4A
14, Mohd Zakir b Ismail - 4A
Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah juga meningkat kepada 95.35% dengan GP 4.88. mengatasi GP terbaik sebelum ini iaitu 5.0(2011), Bilangan pelajar yang mendapat gred A ialah 75 orang. Bilangan ini merupakan bilangan tertinggi berbanding subjek lain seperti Sains ( 27 orang) , Matematik (23 orang), pend. seni ( 23 orang), Pendidikan Islam ( 12 orang ) dan Sejarah ( 10 orang) Tahniah kepada semua guru Bahasa Melayu tingkatan 5 iaitu Cikgu Anita Che Ad, Cikgu Roshidi Derani, Cikgu Che Noranuwi, Cikgu Nurfaezah Ibrahim, Cikgu Khadzijah Ahmad, Cikgu Zeti Azila Daud dan Cikgu Hasiah Ali.
Tahniah juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains dan 5PD1 yang berjaya mendapat bilangan A paling ramai di bawah bimbingan Cikgu Anita Che Ad. Tahniah juga kepada pelajar 5PS1 yang berjaya lulus bahasa Melayu dan mendapat sijil SPM. Tahniah kepada Bob, Syakir, Afifi, Aliff Iqbal, Mohd Fadhil, Haqkim, Qatrun Aini, Sarimah, Mariam, Kamariah dan Nadia. Cikgu mengagumi kesungguhan anda semua untuk berjaya.
Sesungguhnya kejayaan ini tidak akan terjadi tanpa kesungguhan kita semua. Jangan .lupa untuk bersyukur kepada Allah yang membantu kita untuk berjaya. Semoga pelajar SPM 2013 di SMKKN akan mencontohi kejayaan abang-abang dan kakak-kakak kita ini. Rajin-rajinlah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan dan jangan ponteng sekolah jika ingin berjaya.
Selamat datang kepada semua pencinta ilmu. Semoga kita dapat berkongsi info berkaitan BMSPM untuk manfaat bersama.
Khamis, 21 Mac 2013
Ahad, 3 Mac 2013
PELANCARAN BULAN CINTAI BAHASA KITA
Pada 3.3.2013 Puan Pengetua sekolah telah merasmikan pelancaran Bulan Cintai Bahasa Kita. Beberapa acara akan dijalankan sepanjang bulan ini seperti Pertandingan Shahibba, membaca cerpen, pidato, deklamasi sajak dan membaca berita. Pelajar-pelajar diharap akan menyertai pertandingan secara aktif. Sila beri nama kepada cikgu bahasa anda jika berminat.
NAIB JOHAN PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN 2013 DAERAH PADANG TERAP
Alhamdulillah pada hari Khamid 28.2.2013 pasukan debat SMKKN telah diumumkan sebagai naib johan pertandingan debat dalam daerah. Tahniah atas kerja kuat ahli-ahli pasukan yang telah membuat latihan dalam jangka masa yang agak lama. Pasukan sekolah juga telah berjaya mengalahkan pasukan debat Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau dalam pusingan awal. Barisan pendebat sekolah ialah Norsyahirah bt Mohd Nor, Mohd Ridwan b Subri, Mohd Helmi Afizul b Othman, Mohd Ikram b Nazri dan Abdullah b Mustafa.
Isnin, 5 November 2012
SOALAN SEBENAR BM SPM 2012
Alhamdulillah, semua pelajar tingkatan 5 telah selesai menduduki kertas Bahasa Melayu pada hari ini 5.11.2012. Soalan karangan bahagian A menanyakan Aktiviti Bulan Kemerdekaan di sekolah berkaitan acara pentas, pertandingan melukis potret dan pertandingan menghias bilik darjah. Soalan ini agak mudah sebab semua pelajar mempunyai pengalaman berkaitan aktiviti bulan kemerdekaan di sekolah masing-masing.
Soalan 1 Bahagian A juga agak mudah dan mirip soalan percubaan negeri Terengganu. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang.
Soalan 1 Bahagian A juga agak mudah dan mirip soalan percubaan negeri Terengganu. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang.
Khamis, 18 Oktober 2012
SOALAN KARANGAN NO 1 PERCUBAAN MEGERI-NEGERI 2012
KEDAH
Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
PERLIS
Sebagai remaja,jelaskan cara-cara yang anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
PERAK
Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa yang ingin anda berjaya tercapai.
SELANGOR
Keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pendidikan agama memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.
MELAKA
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua orang ibu bapa anda.
JOHOR
Jelaskan faedah-faedah yang anda perolehi daripada lawatan sambil belajar.
PAHANG
Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.
TERENGGANU
Jelaskan bagaimana program motivasi yang anda sertai menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk berjaya.
KELANTAN
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan
.
SABAH
Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.
SARAWAK
Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan 2020.
LABUAN
Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa kini. Berikan pendapat anda tentang penyataan tersebut.
YIK
Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah diri dan persekitaran fizikal.
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
PULAU PINANG
Jelaskan faedah-faedah yang anda perolehi dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
MRSM
Kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

Ahad, 23 September 2012
MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Pada 23 September 2012 bersamaan hari Ahad, SMKKN telah secara rasminya menutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Namun begitu kecintaan dan keinginan mempertahankan kemerdekaan yang ada dalam diri setiap pelajar bukan berakhir di sini. Semangat kemerdekaan akan terus kita pelihara dalam jiwa kita sebagai rakyat yang "hubbul watan" yakni mencintai negara. Di sini kita dilahirkan dan di sini kita akan mempertahankan negara kita daripada sebarang ancaman.
Sempena majlis penutup ini, acara penyampaian hadiah untuk pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang bulan ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua iaitu Hajjah Fauziah bt Ramli. Berikut adalah gambar-gambar pemenang pertandingan. Tahniah dan semoga usaha anda akan berterusan pada masa akan datang. Kepada pelajar yang tidak menang jangan berputus asa. Anda juga hebat mungkin rezeki anda ada di tahun hadapan.

Khamis, 30 Ogos 2012
SAJAK HARI KEMERDEKAAN
Hari ini SMKKN mengadakan sambutan kemerdekaan sempena 31 Ogos. Hari peringatan itu disambut awal kerana esok 31 Ogos adalah hari cuti di Kedah. Dalam banyak-banyak acara tersebut deklamasi sajak Cik .....oo...Cik paling menarik perhatian dan ditunggu-tunggu oleh pelajar. 6 orang pelajar mengambil bahagian untuk membaca sajak yang agak panjang dalam dialek Padang Terap. Berikut sebahagian daripada bait-bait sajak berkenaan yang ditulis oleh Arwah Cikgu Syed Mahazir iaitu penulis tersohor di Kuala Nerang.
cik...
ooo cik...
bakit...
cik ooo bakit...
jangan
ralik...
jangan
lali dok kena ulek...
jangan
dema balas isi...
mu
hanaih kulit...
cik...
laa
zaman medeka...
banyak
keja kita...
nak
isi wawasan negara...
jiwa
kena besar...
usaha
kena berlipat ganda..
Kepada pelajar yang mengambil bahagian maaf kerana hari ini Cikgu tidak membawa kamera. Gambar mungkin boleh diakses di Blog Kokurikulum sekolah. Terima kasih kerana berjaya memberi persembahan yang baik.
Langgan:
Catatan (Atom)