Sabtu, 6 September 2014

TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2014 PERINGKAT DAERAH

Pada hari Sabtu  6.9.2014 telah berlangsung pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Padang Terap. Pertandingan ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad. SMK. Kuala Nerang turut bertanding sekali pada tahun ini di bawah pimpinan Cikgu Haslida, Pn Jamiah, Pn Rashidah Ali dan Pn A'thiroh. Apa yang membanggakan ialah SMKKN berjaya mempamerkan persembahan yang hebat dan hampir-hampir mengalahkan SMK Dato Syed Ahmad sekali lagi. Tahniah kerana kehebatan yang ditunjukkan. Cuba lagi pada tahun hadapan.




Isnin, 12 Mei 2014

BERKAT KERJASAMA SMKKN MENANG PERTANDINGAN SAJAK DAN SYAIR

Pada 12 Mei 2014 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah Padang Terap di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah. Dalam karvival ini  berlangsung pertandingan Forum Remaja, Syair dan Sajak. Pertandingan bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 12.00 tengahari. Setelah itu dijalankan pertandingan di dua venue iaitu pertandingan Forum di Dewan Perdana sekolah dan pertandingan sajak dan syair di Bilik Seminar sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kedua-dua acara. Walaupun gagal menjadi johan tapi kami berpuas hati kerana berjaya menunjukkan persembahan yang hebat dan memukau. Biarpun kalah semangat berpasukan guru-guru yang melatih semakin kuat. Terima kasih kepada Cikgu Anita, Cikgu Noranuwi dan Guru Kanan Bahasa. Juga terima kasih kepada rakan-rakan guru yang memberi sokongan dan pendapat ketika latihan. Sememangnya kerjasama akan wujud bila dalam hati tiada perasaan dengki dan memandang rendah kepada orang lain. Itulah yang paling penting untuk menjaga keharmonian dalam pasukan. 
                                     
Nurzati Hani bt Abdul Ghani, pelajar tingkatan 2 yang mewakili sekolah dalam acara sajak..


                                       
                                           Pelajar yang membantu guru pada hari pertandingan

Peserta syair kami yang mempunyai bakat besar
Kepada pihak pengurusan sekolah kami mohon maaf kerana gagal menjadi  yang terbaik.
 

Isnin, 5 Mei 2014

GURU=GURU SMKKN BERGAMBAR UNTUK KENANGAN

Hari ini 5.5.2014, guru-guru sesi pagi  bergambar kenangan sebelum berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang. Biasanya acara bergambar ini dilakukan pada hari berkenaan tetapi kali ini acara ini diawalkan kerana pada hari anugerah tahun ini kami mungkin tidak dapat bergambar kenangan kerana terdapat beberapa  protokol  yang harus dipatuhi. Hari Anugerah Cemerlang SMKKN  akan diadakan pada 22.6.2014 dan akan dirasmi  oleh  YTM Tunku Temenggong Kedah.

Sepatutnya semua guru memakai  baju biru pada tahun ini tetapi malangnya baju berkenaan belum siap. Jadi kami hanya dapat memperaga uniform baru itu pada 22.Mei nanti.

Duduk dari kiri ; Cikgu Zuraida, Pn Fuzainah, Guru Kanan Teknik, Guru Kanan Bahasa, PK HEM, PK Pentadbiran, PK Kokurikulum, Cikgu Rudzian, Cikgu Ahmad Saad,  Barisan Kedua dari Kiri; Pn Jamlizan, Sahani, Hamidah, Fauziah Husin, Kamariah, Roshadah, Pauziyah Yahya, Norhafizah, Tg Zalina, Faizah Husin, Norhasniza dan Rohani Ramli.  Barisan ketiga ; Zabariah, Afifah, Ruhill, Farahayu, Siti Suriani, Fauziatul Firdous, Ainon, Fauziah Wahab, Rohani dan Rosni. Barisan Belakang; Nordin, Jamaludin,Anuar Musaddad, Ust Ruzita, Faizi, Chalar, Kahar, Ust Adnan, Adenan, Noordin, Azman, RodziGhani, KhairudinSyukri, Mufadhil dan Anuar Abdullah.                 

Masing-masing bergaya santai

Ahad, 16 Mac 2014

PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA BULAN BAHASA







Pada 16.3.2014 telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Februari. Tahniah diucapkan kerana berjaya mendapat hadiah. Kepada peserta yang tewas cuba lagi pada masa akan datang. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tuan Hj Saad b Sulaiman.
Senarai pemenang adalah seperti berikut.
Pidato  -
  1. Ikhwan b Radzi - 3A
  2. Noraini Haziqah bt Ahmad Zainuddin
Mengarang esei
Tingkatan 3
  1. Che Diana bt Che Dan - 3AG
  2. Nurul Hanis bt Che Ismail - 3D
  3. Muhammad Haiqal Bin Jafri - 3D
Tingkatan 4
  1. Nur Fahimah bt Bakri - 4PD1
  2. Siti Nor Fatin  bt Md Dun - 4PD1
  3. Mohamad Haiqal Bin Jafri - 4 Sains
Tingkatan 5
  1. Huda Nasihah bt Shafie - 5PD1
  2. Noor Shahira bt Azizan- 5AK
  3. Nurul Fatin Zaiha bt Ahmad
Pantun
  1. 4 Akaun
  2. 4PD1
  3. 4PD3
Sahibba
  1. Ibrahim b Awang - 3A
  2. Alia Hazwani bt Mohd Noor
  3. Nurul Hanani bt Abdullah
Syarahan
  1. Nur Fazlin bt Mohd Abdul Harith
  2. Nur Ain bt Mohd Rodzi
  3. Nor Hanisah bt Hamid
Deklamasi Sajak
  1. Ahmad Ikhtidar Ihsan b A'ahmad Jamili
  2. Nur Amirah bt Muhamad Nor
  3. Anfal binti Khazali

Isnin, 3 Mac 2014

AKTIVITI BULAN BAHASA MELAYU


                 

 Sepanjang Bulan Bahasa ini banyak aktiviti yang telah dijalankan. Kuiz Peribahasa yang dijalankan semasa perhimpunan pagi mendapat sambutan yang menggalakkan. Begitu juga dengan pertandingan pantun antara tingkatan 4. Peserta-peserta pantun yang mewakili kelas masing-masing telah berjaya mencipta pantun yang bermutu. Peserta pidato dan syarahan  juga telah berjaya mempamerkan bakat yang terpendam dan tampil dengan penuh keyakinan untuk bertanding. Pertandingan Sahibba juga berjaya  menemui  bakat  pelajar^pelajar menengah rendah. Pertandingan menulis karangan juga  telah selesai. Semua nama pemenang akan diumumkan dalam perhimpunan sekolah  yang akan datang,

AJK Persatuan Bahasa Melayu Mempromosi Pertandingan
                                 

Notis  Aktiviti  di laluan pelajar


Pemyampaian hadiah kepada pemenang harian kuiz peribahasa.



Kumpulan Pantun dari Tingkatan 4Akaun


 
Kumpulan Pantun  4PD1 turut mara ke pertandingan akhir

Bersedia untuk bertanding

Selasa, 11 Februari 2014

BULAN BAHASA MELAYU 2014 DI SMKKN

Pada 9.2.2014. telah berlangsung pelancaran Bulan Bahasa Melayu bagi tahun ini. Majlis disempurnakan oleh Puan Hjh Rohani bt Mat Jaafar iaitu Pengetua sekolah.  Majlis berlangsung di Dewan Perdana dihadiri oleh semua guru dan pelajar sesi pagi.

Majlis dimulakan dengan acara perhimpunan rasmi  yang dimulai dengan bacaan doa, seterusnya bacaan ikrar pelajar, nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. Seterusnya ucapan guru bertugas, taklimat aktiviti Bulan Bahasa dan ucapan perasmian oleh Puan Pengetua.





Sebaik streamer Bulan Bahasa dijatuhkan oleh pengetua, lagu Bahasa Jiwa Bangsa dikumandangkan oleh pasukan koir pelajar-pelajar tingkatan 3. Majlis berakhir jam 8.30 pagi. Antara acara-acara yang akan dijalankan dalam Bulan Bahasa ialah:

  1.  Pertandingan Sahibba   dikelolakan oleh  En Mohamad Faizi b Mohd Akhir
  2. Pertandingan Deklamasi sajak   -  Encik Che Noranuwi b Hamid
  3. Pertandingan  Mengarang   - Pn Hasiah Ali, Pn Zeti Azila Daud dan Pn Kamarian Abdullah Sani
  4. Pertandingan  Pidato - Pn Anita Che Ad dan Pn Norfaezah Ibrahim
  5. Pertandingan Pantun - Pn Zaharah Awang, Pn Sharimah Othman
  6. Kuiz Peribahasa  - Pn Khadzijah  bt Ahmad
Pelajar-pelajar yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar nama masing-masing dan berjumpa dengan guru-guru yang disebutkan di atas tadi.

Selasa, 5 November 2013

SELAMAT MENDUDUKI SPM

Esok 6.11.2013 merupakan hari yang penting dalam kehidupan anak-anak tingkatan 5. Cikgu ucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua pelajar akan menjawab soalan dengan tenang. Cikgu juga berdoa semoga Allah permudahkan  para pelajar dalam dewan peperiksaan. Sesungguhnya kita telah berusaha. Kini kita akan menjawab soalan dan kita bertawakkal  dengan Allah.


Ahad, 6 Oktober 2013

SELAMAT BERISTERAHAT DI ALAM SANA



Pada tanggal  6 Oktober 2013, SMKKN dikejutkan dengan berita pemergian Norafliana bt Yahaya akibat lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Tasik Pedu. Khabarnya Norafliana ditarik ombak akibat angin kuat ketika sedang bermain air. Sekolah terutama ahli-ahli pasukan bicara berirama sekolah amat bersedih atas pemergian beliau. Terasa baru sahaja kita bersama, mengenali  dan berlatih mewakili sekolah. Arwah Norafliana begitu bersungguh-sungguh semasa latihan dan beliau telah memberitahu Cikgu yang beliau ingin terus mewakili sekolah pada tahun hadapan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Arwah terkenal kerana ramah. Sepanjang saya mengenalinya arwah begitu menghormati saya. Oleh sebab itulah saya menaruh kepercayaan kepadanya untuk menjadi ketua kepada kumpulan bicara berirama tingkatan 1.

Hujan turun badanpun basah
batang galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu berpisah
kehendak Allah siapalah tahu.

Bersemadilah dengan tenang muridku di alam sana.

Isnin, 30 September 2013

KURSUS PENGHAYATAN KOMSAS

Sekali lagi tahun ini saya terpilih mengikuti kursus di bawah dasar MBMMBI. Sudah dua kali saya ikuti kursus BM tahun ini. Kali ini kursus diadakan di Hotel Summit, Bukit Mertajam dari 28 hingga 30 September 2013. Kursus ini agak menarik kerana dipenuhi dengan aktiviti lakonan dan persembahan oleh kumpulan berdasarkan bahan sastera dari teks Harga Remaja. Alhamdulillah kumpulan saya iaitu Kumpulan 6 berjaya menjadi kumpulan terbaik dalam persembahan  mendramakan cerpen Biarkan Samudera. Saya berasa  bertuah kerana dapat bergabung bersama ahli-ahli kumpulan yang kreatif dan berkesungguhan. Alhamdulillah  kursus ini banyak membantu saya untuk mengajar komsas dengan cara yang lebih menarik.


Ahad, 22 September 2013

PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA



PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA
1.       Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Dimana kita berada , kita sentiasa  mengikut peraturan dan menghormati  penduduk  tempat itu

2.       Siapa yang memakan cili dia yang terasa pedas
Sesiapa yang melakukan kesalahan dia yang akan terasa sindiran

3.       Berpatah arang, berkerat rotan
Berpisah atau  memutus hubungan dan tidak akan berbaik semula

4.       Keras kepala
Degil

5.       Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Perangai atau  bakat  ibu bapa akan diikuti oleh anak-anak

6.        Ular  yang menyusur  akar tidak akan hilang bisanya
Orang  berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika  merendahkan diri.

7.       Belut pulang ke lumpur
Orang merantau akan pulang ke tempat asalnya

8.       Nasi sudah menjadi bubur
Kesalahan yang tidak boleh diperbaiki lagi

9.       Sudah terhantuk baru tengadah
Sudah terkena baru sedar

10.   Harimau menyorokkan kuku
Orang hebat yang tidak menunjukkan kehebatan tetapi merendah diri.

11.   Mencurah garam ke laut
Member nasihat yang sia-sia

12.   Seperti pahat dengan penukul
Orang yang  malas dan bekerja hanya apabila disuruh

13.   Menangguk di air keruh
Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

14.   Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Orang yang baik, di mana-mana berada mendatangkan manfaat atau kebaikan

15.   Indah khabar dari rupa
Perkhabaran  atau berita  yang dilebih-lebihkan

16.   Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Jika takut ditimpa masalah, jangan cuba melakukan sesuatu  perkara.

17.   Makan suap
Menerima rasuah

18.   Rambut sama hitam, hati lain-lain
Manusia ini tidak sama perangainya kerana kadang-kadang mempunyai maksud jahat.

19.   Ditelan mati emak, diluah mati bapak
Perasaan serba salah dalam diri seseorang

20.   Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
Perasaan  terlalu gembira menerima tetamu atau sesuatu

21.   Di mana  ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika ada kemahuan atau keinginan untuk melakukan sesuatu, kita akan berusaha sedaya upaya.

22.   Lain yang makan nangka, lain yang kena getah
Orang lain yang berbuat salah, orang lain yang dituduh

23.   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Semangat kerjasama dalam apa jua keadaan

24.   Meninggi diri
Sombong  atau angkuh

25.   Seperti lembu dicucuk hidung
Orang  bodoh yang hanya mengikut sahaja kehendak orang lain

26.   Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Jika kita menerima kebaikan, kita akan membalas dengan kebaikan juga

27.   Tikus membaiki labu
Tidak tahu melakukan sesuatu kerja, tetapi melakukan juga, akhirnya  keadaan  menjadi semakin teruk

28.   Hanya jauhari mengenal manikam
Orang yang mahir dan berilmu sahaja yang dapat mengetahui  kehebatan sesuatu.

29.   Menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri
Orang yang menceritakan keburukan keluarga sendiri, akhirnya dia juga yang malu.

30.   Menegak benang basah
Bertengkar untuk mempertahankan  perkara yang  sebenarnya salah.

Ahad, 15 September 2013

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN - SOALAN NO 1 KERTAS 1



  1. Soalan Perak Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan harian.
    Sebagai pelajar bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan harian
  2. Soalan Negeri Sembilan Guru Ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru
  3. Soalan Dari Selangor Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional warisan nenek moyang mereka.Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan pelestarian kebudayaan tersebut.
  4. Soalan JohorSemasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing. Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan
  5. Soalan MRSM Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat Bimbingan dan Kaunseling.
  6. Soalan KedahAnda seorang pelajar cemerlang SPM di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Langkah-Langkah Menjadi Pelajar Cemerlang,Tulis ceramah anda selengkapnya.
  7. Pulau Pinang  ; Anda telah berpeluang bercuti bersama keluarga  di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.   Huraikan  langkah-langkah yang dapat dilaksanakan  untuk menjadikan tempat pelancongan di Malaysia lebih menarik.
  8. YIK  : Sekolah anda  akan menganjurkan  "Minggu Kebersihan dan Keceriaan  Sekolah" .    Berikan pendapat  anda tentang  program-program yang perlu dijalankan  sepanjang minggu tersebut.

Selasa, 20 Ogos 2013

SMKKN JOHAN BICARA BERIRAMA DAERAH PADANG TERAP

Tahniah dari cikgu dan seluruh warga sekolah kepada pasukan bicara berirama kerana telah berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad. Kita menjadi kumpulan pertama yang merealisasikan slogan baru sekolah kita iaitu "SMKKN Terbaik" . Kejayaan ini merupakan satu langkah awal kita untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Pasukan ini telah berlatih sejak bulan April lagi. Terima kasih kepada semua pelajar asrama yang berani menyahut cabaran dan berlatih tanpa mengenal jemu.Rasanya berbaloi pengorbanan kita semua. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang membantu saya untuk melatih pasukan kita terutamanya Cikgu Haslida, Cikgu Jamiah, Cikgu Intan, Cikgu Rashidah dan Cikgu Atirah. Sesungguhnya komitmen cikgu-cikgu dan keikhlasan cikgu-cikgu sangat membantu kejayaan ini. Saya hanya menghasilkan skrip dan melatih pelajar pada peringkat awal. cikgu-cikgulah yang telah meneruskan usaha tersebut. Saya amat yakin jika semua guru memberi kerjasama seperti ini,lebih banyak kejayaan akan kita kecapi. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik cikgu-cikgu semua. Terima kasih juga kepada Pn Pengetua kerana hadir memberi sokongan kepada pasukan sekolah. Inilah hadiah kecil kami untuk cikgu.

Isnin, 5 Ogos 2013

PELANCARAN BULAN KIBAR JALUR GEMILANG

Pada hari Selasa bersamaan 23.7.2013, Pn Pengetua sekolah iaitu Pn Hjh Rohani bt Mat Jaafar telah melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2013. Pelancarannya dijalankan dalam suasana sederhana kerana sekarang kita berada dalam bulan puasa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negeri Kedah dan lagu Kebangsaan, ucapan pengetua dan perasmian majlis, bacaan sajak dan nyanyian lagu Jalur Gemilang. Sambutan bulan kemerdekaan diwajibkan di semua sekolah sebagai usaha menanam semangat patriotik menjelang Hari Kebangsaan. Suasana ujian, Peperiksaan Percubaan dan cuti pertengahan penggal diharap tidak menyuramkan aktiviti sambutan yang akan dijalankan sehingga 16 September 2013.

Sabtu, 27 April 2013

PLC ( KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL)

Pada 23 hingga 26 April 2013, satu kursus dianjurkan oleh Bahagian BPG untuk guru-guru dari 30 buah sekolah di negeri Kedah. Kursus ini diadakan di Seaview Hotel Langkawi. Selama 4 hari 3 malam peserta didedahkan kepada pengetahuan tentang cara menjalankan Lesson Study, Learning Walks, Peer Coaching dan Teacher Sharing Session di sekolah. PLC merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti diri guru. Hal ini kerana dalam NKRA Pendidikan telah ditegaskan bahawa salah satu matlamat di Malaysia ialah membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Jadi untuk memastikan pendidikan di sekolah berkualiti maka, perlu wujud komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah. Komuniti Pembelajaran iaitu guru perlu menjadi profesional semasa berada di kawasan sekolah. Semua guru seharusnya menjalankan tugas mengajar secara profesional. Kita seharusnya sentiasa mengkaji RPH secara bersama, mencari amalan baik ( best practices) yang patut dicontohi, berkongsi untuk membaiki pengajaran kita sesama rakan. Dengan itu diharap prestasi pelajar akan meningkat. Warga guru seharusnya sedar masa lapang di sekolah, apabila tiada jadual digunakan secara profesional untuk berkongsi dengan rakan-rakan dengan melaksanakan PLC bukannya berbual kosong atau melayari laman sosial. Hal ini kerana setiap saat di sekolah, kita dibayar gaji untuk tugas kita sebagai guru. Berdoalah semoga Allah memberi hidayah kepada kita agar kerja kita menjadi ibadah buat bekalan kepada kita setelah dunia ini kita tinggalkan.

Isnin, 25 Mac 2013

Beberapa idea untuk mencantikkan sekolah

                                                                       koridor


sudut bacaan bilik darjah

bilik wawasan  
 
Bilik wawasan
  

   
   

Khamis, 21 Mac 2013

KEPUTUSAN SPM SMKKN 2013

Tahniah diucapkan  kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tang baru diumumkan khususnya kepada:
1. Umi Kalsom bt Omar  - 7A
2. Nurul Nadia bt Mohamad - 7A
3. Siti  Nurul Afiqah bt Abdullah - 6A
4. Mohamad Azani b Mohd Saubi - 6A
5. Mohd Rosyazwan b Roslan - 5A
6. Nur Afiqah bt  Ahmad Zahir - 5A
7. Muhammad Shukor b Abu Bakar - 5A
8. Ainul Shuhada bt Abu Bakar - 4A
9. Mohd Fahmi b Che Amat - 4A
10. Nor Fatin Ashikin bt Md Khosim - 4A
11. Saidah Nasra bt Ismail - 4A
12. Siti Nor Komariah bt M Hamzah - 4A
13. Nur Afiqah bt Azizan - 4A
14, Mohd Zakir b Ismail - 4A

Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah juga meningkat kepada 95.35% dengan GP 4.88. mengatasi GP terbaik sebelum ini iaitu 5.0(2011), Bilangan pelajar yang mendapat gred A ialah 75 orang. Bilangan ini merupakan bilangan tertinggi berbanding subjek lain seperti Sains ( 27 orang) , Matematik (23 orang), pend. seni ( 23 orang), Pendidikan Islam ( 12 orang ) dan Sejarah ( 10 orang) Tahniah kepada semua guru Bahasa Melayu tingkatan 5 iaitu Cikgu Anita Che Ad, Cikgu Roshidi Derani, Cikgu Che Noranuwi, Cikgu Nurfaezah Ibrahim, Cikgu Khadzijah Ahmad, Cikgu Zeti Azila Daud dan Cikgu Hasiah Ali.
Tahniah juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains dan 5PD1 yang berjaya mendapat bilangan A paling ramai di bawah bimbingan Cikgu Anita Che Ad. Tahniah juga kepada pelajar 5PS1 yang berjaya lulus bahasa Melayu dan mendapat sijil SPM. Tahniah kepada  Bob, Syakir, Afifi, Aliff Iqbal, Mohd Fadhil, Haqkim, Qatrun Aini, Sarimah, Mariam, Kamariah dan Nadia. Cikgu mengagumi kesungguhan anda semua untuk berjaya.

Sesungguhnya  kejayaan ini tidak akan terjadi tanpa kesungguhan kita semua. Jangan .lupa untuk bersyukur kepada Allah yang membantu kita untuk berjaya. Semoga pelajar  SPM 2013 di SMKKN akan mencontohi  kejayaan abang-abang dan kakak-kakak kita ini. Rajin-rajinlah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan dan jangan ponteng sekolah jika ingin berjaya.



Ahad, 3 Mac 2013

PELANCARAN BULAN CINTAI BAHASA KITA





Pada 3.3.2013  Puan Pengetua sekolah telah merasmikan pelancaran Bulan Cintai Bahasa Kita. Beberapa acara akan dijalankan sepanjang bulan ini seperti Pertandingan Shahibba, membaca cerpen, pidato, deklamasi sajak  dan membaca berita. Pelajar-pelajar  diharap akan menyertai pertandingan secara aktif. Sila beri nama kepada cikgu bahasa anda jika berminat. 

                                           Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan


NAIB JOHAN PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN 2013 DAERAH PADANG TERAP


Alhamdulillah pada hari Khamid 28.2.2013 pasukan debat  SMKKN  telah diumumkan sebagai naib johan pertandingan debat dalam daerah. Tahniah atas kerja kuat ahli-ahli pasukan yang telah membuat latihan dalam jangka masa yang agak lama. Pasukan sekolah juga telah berjaya mengalahkan pasukan debat Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau dalam pusingan awal. Barisan pendebat sekolah ialah Norsyahirah bt Mohd Nor, Mohd Ridwan b Subri, Mohd Helmi  Afizul b Othman, Mohd Ikram b Nazri dan  Abdullah b Mustafa.